PENGENALAN Schiz bermaksud terbelah, tercerai atau terpisah (split). Phrenia bermaksud fungsi psychic mind (minda). Dalam erti kata lain skizofrenia ialah spilt of the mind. (Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail. 2006). Skizofrenia ialah corak pemikiran, emosi, persepsi dan tingkah laku yang kronik dan merosakkan kebolehan untuk berkomunikasi dengan orang lain serta mengganggu kebanyakan aspek kehidupan seharian. Penyakit skizofrenia dikategorikan sebagai gangguan mental yang menyebabkan perubahan dalam tingkah laku, pemikiran, ingatan, pertuturan, pemikiran dan juga pergerakan. Menurut Pakar Perunding Psikiatri Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Dr Shane Varman, perubahan ini menyebabkan perubahan ketara dalam keupayaan individu untuk berfungsi dengan baik dalam hubungan sosial dan pekerjaan. Penyakit ini biasanya bermula pada lewat remaja dan awal dewasa iaitu semasa fasa yang paling kritikal dalam kitaran hidup seseorang individu. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia hanya kerap digunakan oleh para doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila”, “orang sakit mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia. Perkataan ‘gila’ itu sendiri menimbulkan pelbagai persepsi yang buruk dan sering dikaitkan dengan kelakuan ganas serta diluar kawalan (Dr Hazreen Abdul Rashid, 2017). Namun penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang disalah- ertikan kerana penyakit mental sebenarnya ada bermacam jenis dan bukan semuanya adalah skizofrenia. Menurut akhbar KOSMO! Online, masalah skizofrenia atau lebih dikenali sebagai penyakit mental merupakan masalah kedua serius di Malaysia. Dalam artikel yang sama juga, sakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar menjejaskan rakyat Malaysia menjelang 2020 selepas penyakit jantung. Menurut Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang terkini, setiap tiga orang dalam 10 orang dewasa berusia lebih 16 menderita pelbagai isu kesihatan mental. Cuma yang malangnya, masih ramai tidak faham mengenai penyakit ini terutamanya dari segi istilah 'kecelaruan mental lazim', punca serta akibat yang mungkin berlaku di samping mengenal pasti gejala awal penyakit mental yang utama. Keseimpulannya, pengkaji telah membuat keputusan untuk mengkaji tajuk ini dengan lebih mendalam seterusnya memilih penyakit skizofrenia sebagai tajuk utama pengkaji. 10USER 1