115 E-Proceeding of The 4 th International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith (IMAM 2019). 20 November 2019. KUIS, Kajang, Selangor. Organized by Hadith and Akidah Research Institute (INHAD), International Islamic University College Selangor, MALAYSIA. eISBN 978-967-2122-81-4 DINAMIKA TAFSIRAN TEKS HADITH AL-WALAD LI AL-FIRĀSH WA LI AL-‘ĀHIR AL-ḤAJAR ( ) DAN IMPLIKASINYA TERHADAP FATWA PENASABAN ANAK TAK SAH TARAF DI MALAYSIA Muhammad Adam Abd. Azid 1 Khadher Ahmad 2 Mohd Khairulnazrin Mohd Nasir 3 Ishak Suliaman 4 Abstrak Isu penasaban anak tak saf taraf sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Permasalahan ini juga telah mewujudkan konflik antara institusi-institusi agama di Malaysia terutama institusi fatwa dalam menentukan status anak tak sah taraf tersebut. Secara umumnya, dalam menentukan status anak tak sah taraf tersebut, institusi-institusi fatwa terbahagi kepada dua kelompok, iaitu kelompok yang membolehkan anak tersebut dibinkan dengan bapa biologinya, manakala kelompok yang kedua melarang tindakan tersebut. Faktor kepada khilaf ini adalah disebabkan kefahaman mereka yang berbeza terhadap sebuah hadith Rasulullah SAW iaitu al-walad li al-firāsh wa li al-‘āhir al-ḥajar. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepelbagaian pemahaman terhadap teks hadith tersebut serta meneliti pengaruhnya terhadap fatwa anak tak sah taraf di Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan metode kualitatif melalui kajian perpustakaan untuk mendapatkan data kajian. Hasil kajian mendapati, wujud perbezaan antara para ulama dalam mentafsirkan teks hadith tersebut iaitu: [1] Mentafsirkan berdasarkan zahir teks hadith. [2] Mentafsirkan berdasarkan maqasid daripada teks hadith. Perbezaan tafsiran ini telah mempengaruhi institusi-institusi fatwa di Malaysia dalam mengeluarkan fatwa berkaitan status penasaban anak tak sah taraf. Kata Kunci: Anak Tak Sah Taraf, al-Walad li al-Firāsh wa li al-‘Āhir al-Ḥajar, Fatwa, Nasab 1. Pengenalan Status nasab merupakan topik yang sangat penting dalam Islam. Ia termasuk dalam salah satu maqasid shariah yang dipelihara oleh Syariat Islam. Oleh yang demikian, Islam menggalakkan perkahwinan dan mengharamkan zina. Perkahwinan menjadi sebab utama kepada pengiktirafan status nasab serta turut memberi kesan kepada aspek penamaan, hadanah, nafkah, perwalian, perkahwinan, pusaka dan status hubungan dengan bapa biologi sama ada bapa tersebut berkahwin dengan ibunya atau tidak. Di dalam Syariat Islam, doktrin al-walad li al-firāsh wa li al-‘āhir al-ḥajar merupakan asas kepada pensabitan nasab anak. Ia menjadi asas dalil yang penting kepada para ulama dalam menyimpulkan hukum berkaitan status nasab seseorang anak sama ada diiktiraf ataupun tidak. Begitu juga dalam isu fatwa berkaitan anak tak sah taraf di Malaysia, hadith ini turut menjadi asas kepada institusi-institusi fatwa dalam mengeluarkan fatwa berkaitan permasalahan tersebut. 1 Pelajar Sarjana, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. (Email: adamsaifulislam@gmail.com) 2 Pensyarah Kanan, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. (Email: khadher82@um.edu.my) 3 Pensyarah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Nilam Puri. (Email: khairulnazrin19@gmail.com) 4 Prof. Madya, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. (Email: ishakhs@um.edu.my)