Sejarah Tingkatan Dua BAB 6 : BRITISH MENGEKSPLOIT EKONOMI (1) Tanaman Tradisional (a) Lada hitam dan gambir 1. Di Pulau Pinang, Selangor, N. Sembilan dan Sarawak. 2. Lada hitam dan gambir di Johor 4. Gambir bahan pewarna untuk mencelup sutera. (b) Buah pala dan cengkih 1. Ditanam di Pulau Pinang. 2. Buah pala lebih diutamakan kerana harga tinggi. 3. Buah pala dieksport ke Eropah dan Cina. 4. Tanaman buah pala mengalami kemerosotan selepas tahun 1850-an kerana harganya tidak stabil. 5. Bunga cengkih dikeringkan dijadikan ubat dan diekport ke China. c) Tebu 1. Ditanam di Seberang Perai dan Perak 2. Permintaan gula meningkat di pasaran dunia. 3. Seberang Perai pengeluaran gula di Negeri Selat. 4. Perak pusat pengeluar gula terbesar di Tanah Melayu. 5. Gula eksport penting selama hampir 50 tahun. e) Ubi kayu 1. di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. f) Nanas 1. Industri mengetin nanas di Perak, Selangor dan Johor. 2. Sebelum Perang Dunia ke 2, Tanah Melayu pengeksport nanas dalam tin kedua terbesar di dunia. (2) Tanaman baru (a) Kopi 1. Di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor 2. Harga kopi meningkat di pasaran dunia. 3. Tanaman kopi berasal dari Afrika 4. Eksport penting sehingga akhir kurun ke-19 (b) Kelapa sawit 1. Diperkenalkan di Kuala Selangor 2. Berasal dari Afrika 3. Tahun 1920-an, minyak kelapa sawit mula dieksport. 4. Johor pengeksport utama kelapa sawit 5. Ladang kelapa sawit dibuka di Perak. (c) Tembakau 1. Ladang dibuka di Pulau Pinang dan Pahang. (d) Teh 1. Dusahakan di Cameron Highlands, Pahang. 2. Teh yang dihasilkan di Tanah Melayu adalah bermutu tinggi dan dikenali sebagai “Teh Ceylon”. (3) Perusahaan getah a) Pengenalan tanaman getah 1. Akhir kurun ke-19, harga kopi jatuh di pasaran dunia. 2. Getah tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi. 3. Getah berasal dari Brazil. - jenis Hevea Brasilliensis. 4. H.N. Ridley galakkan penanaman getah 5. Biji getah dari Brazil dibawa ke England oleh Henry Wickham. 6. Biji-biji getah disemai di Kew Garden, England. 7. 3000 benih getah dihantar ke negara naungan British terutamanya Sri Lanka. 8. Batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden. 9. Dari Singapura, beberapa batang anak pokok getah dibawa ke Kuala Kangsar 10. Ditanam di halaman kediaman Residen Perak. (b) Perkembangan tanaman getah 1. Permintaan getah meningkat kerana perkembangan perusahaan membuat motokar 2. Ladang di Selangor, Perak, N. Sembilan dan Johor. 3. Syarikat Eropah spt Sime Darby, Guthrie, Harrisons & Crosfield dan United Plaintations. 4. Penduduk tempatan usahakan tanaman secara kebun (c) Faktor Perkembangan Perusahaan getah 1. Kejatuhan harga kopi i. Harga kopi jatuh kerana pengeluaran kopi yang berlebihan di Brazil. ii. Pokok kopi hadapi serangan serangga perosak. 2. Permintaan terhadap getah meningkat i. Getah diperlukan dalam perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat dan Eropah. ii. Getah - kasut, pakaian, tayar kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik. 3. Tenaga buruh India mencukupi i. British membawa masuk buruh dari India ii. Bekerja di ladang-ladang getah. 4. Usaha H.N. Ridley i. memperkenalkan kaedah menoreh ikut sistem ibedem - tingkatkan pengeluaran susu getah. 5. Pelaburan modal i. Syarikat besar Eropah - Sime Darby dan Guthrie 6. Cukai yang rendah i. Kerajaan British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah. (d) Kemelesetan ekonomi menjejaskan perusahaan 1. Tahun 1930-an, kemelesetan ekonomi dunia. 3. Harga getah dunia jatuh 4. Harga dan permintaan getah di negara kita merosot. (e) Langkah menstabilkan harga getah 1. Rancangan Sekatan Stevenson 1922; i. Tingkatkan harga, kurangkan pengeluaran getah ii. Disertai negara di bawah naungan British seperti Tanah Melayu dan Sri Lanka. iii. Belanda di Indonesia enggan menyertainya. iv. Rancangan tidak dapat mencapai matlamatnya, v. Rancangan ditamatkan oleh kerajaan British 2. Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa 1934 i. Kurangkan pengeluaran dan stabilkan harga getah ii. Negara yg. menyertai - Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia, Indo China dan Thailand. iii. Setiap negara dikehendaki kurangkan pengeluaran getah mengikut kuota ditetapkan. iv. Berjaya meningkatkan semula harga getah (f) Persaingan antara getah dan getah tiruan 1. Pengeluaran getah asli mendapat cabaran baru apabila A.S memperkenalkan getah tiruan. 2. Getah tiruan dihasilkan apabila bekalan getah asli di pasaran dunia terputus akibat Perang Dunia Kedua. Panitia Sejarah SMK Kamil, Pasir Puteh 1