BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences
Volume 2, Issue 3, 2019
103
Sifat al-Qudrah, al-Iradah dan al-‘Ilm di Sisi
al-Qadariyyah dan Hubungannya dengan
Kebebasan Kehendak Manusia
Muhammad Khairul Ikhwan Mohamed Nasir
1
& Mohd Haidhar Kamarzaman
1
Abstrak
Aliran Al-Qadariyyah merupakan antara aliran akidah yang terawal muncul dalam sejarah Islam. Aliran
ini berpegang dengan fahaman al-qadr yang menegaskan bahawa perbuatan yang dilakukan oleh
manusia ditentukan mengikut kemahuannya sendiri, bukannya ditakdirkan dengan qadar Allah Taala.
Al-Qadariyyah mengadakan fahamannya ini untuk mempertahankan taklif supaya setiap hamba
bertanggungjawab dalam setiap perbuatannya. Bagi mengukuhkan lagi fahamannya ini, Al-Qadariyyah
didapati telah memberikan pandangannya berkaitan sifat Allah al-Qudrah, al-Iradah dan al-ᶜIlm. Oleh
yang demikian, objektif kajian ini ialah pertamanya untuk mengkaji pandangan Al-Qadariyyah tentang
sifat al-Qudrah, al-Iradah dan al-ᶜIlm. Keduanya ialah untuk mengkaji hubungan pandangan Al-
Qadariyyah tentang sifat al-Qudrah, al-Iradah dan al-ᶜIlm dalam mengukuhkan fahaman Al-Qadariyyah
tentang kebebasan kehendak manusia. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kualitatif dengan
menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis persejarahan dalam mengumpul dan
menganalisis data-data yang diperolehi daripada sumber-sumber primer dan sekunder. Hasil kajian
menunjukkan bahawa Al-Qadariyyah telah menafikan sifat Allah al-Qudrah, al-Iradah dan al-ᶜIlm
daripada terlibat dalam urusan penciptaan dan penentuan perbuatan hamba. Penafian Al-Qadariyyah
terhadap sifat-sifat Allah ini didapati mengukuhkan lagi fahaman mereka tentang kebebasan kehendak
manusia. Dengan menafikan sifat-sifat Allah tersebut, setiap hamba dianggap bebas melakukan
sebarang perbuatannya mengikut kemahuannya sendiri tanpa terikat dengan kuasa, kehendak dan
ilmu Allah Taala. Natijahnya, setiap hamba akan dipertanggungjawabkan di atas setiap perbuatannya
kerana perbuatan-perbuatannya lahir daripada diri hamba sendiri dan bukannya daripada Allah.
Kata Kunci:
Al-Qadariyyah, al-Qudrah, al-Iradah, al-ᶜIlm, kebebasan kehendak
Cite This Article:
Muhammad Khairul Ikhwan Mohamed Nasir & Mohd Haidhar Kamarzaman. 2019. Sifat al-qudrah, al-iradah dan
al-‘ilm di sisi al-Qadariyyah dan hubungannya dengan kebebasan kehendak manusia. BITARA International
Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 2(3): 103-113.
Pengenalan
Fahaman al-Qadariyyah mula muncul dalam sejarah Islam ketika di penghujung zaman Sahabat
iaitu kira-kira pada tahun 90 Hijrah. Fahaman ini terbentuk hasil daripada perselisihan umat
Islam ketika itu pada isu qadar dan kemampuan yang merupakan isu akidah pertama yang
1
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia.
Corresponding Author:
Mohd Haidhar Kamarzaman, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia.
E-mail: haidhar@ukm.edu.my
Article
BITARA
Volume 2, Issue 3, 2019: 103-113
© The Author(s) 2019
e-ISSN: 2600-9080
http://www.bitarajournal.com
BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences