Persidangan Antarabangsa Pedagogi Islam dalam Pendidikan 2017 (ICIPE2017) 29/09/17 01/10/17, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Tahap Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Kanak-Kanak berusia 2+ Tahun Zainiah Mohamed Isa Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris zainiah@fpm.upsi.edu.my Juppri Bacotang Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris juppri@fpm.upsi.edu.my Nur Fatin Zainuddin Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris fatinzainuddin@gmail.com Mazlina Che Mustafa Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris mazlina.cm@fpm.upsi.edu.my Abstrak Banyak kajian luar negara yang telah dijalankan bagi mengukur tahap perkembangan bahasa kanak-kanak berbanding di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap perkembangan bahasa bagi kanak-kanak yang berusia 2+ di Malaysia. Kajian telah dijalankan terhadap 94 orang kanak-kanak yang berada di pusat kanak-kanak universiti awam, Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN), TASKA PERMATA KEMAS, dan TASKA swasta di sekitar Perak dan Selangor menggunakan reka bentuk tinjauan berdasarkan persampelan bertujuan. Instrumen Literasi Awal (Instrumen Lit-A) telah digunakan untuk mengukur beberapa komponen bahasa iaitu komponen bahasa dan komunikasi, komponen konsep cetakan dan cetakan persekitaran, komponen fonemik dan fonetik dan komponen bacaan dan kefahaman. Kajian menunjukkan skor min bagi komponen bahasa dan komunikasi kanak-kanak 2+ di Malaysia adalah 1.60 (N=94) iaitu di peringkat sedang menguasai. Secara kesimpulan, komponen bahasa dan komunikasi kanak- kanak 2+ di Malaysia masih lagi kebelakang berbanding kanak-kanak di negara barat. Pendidik perlu memainkan penting dalam memastikan perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak di Malaysia mencapai tahap yang lebih tinggi. Kata kunci: perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak, instrumen perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak, komponen perkembangan bahasa dan komunkasi