Jurnal Syariah, Jil. 26, Bil. 3 (2018) 369-378 Shariah Journal, Vol. 26, No. 3 (2018) 369-378 369 ULASAN BUKU (EXTENDED): “ISLAM AND LITERALISM: LITERAL MEANING AND INTERPRETATION IN ISLAMIC LEGAL THEORY” Pengarang : Robert Gleave Tahun : 2012 Penerbit : Edinburgh University Press Halaman : 212 halaman beserta indeks Pengulas : Ahmad Hidayat Buang 1 Buku ini menganalisis kaedah tafsiran teks atau nas-nas Syariah secara zahiriyyah atau literal seperti yang dibincangkan di dalam kitab Usul al-Fiqh dari pelbagai sudut pandang termasuk teori dan falsafah moden linguistik. Bagi mencapai tujuan ini, penulis telah menelusuri perkembangan tafsiran teks Syariah zahiriyyah di zaman awal Islam. Dari situ dijelaskan pembentukan teori tafsiran zahiriyyah secara umum. Dari sini penulis menjuruskan perbincangan kepada mazhab Shi’ah dan mazhab Zahiri, khususnya pandangan Ibn Hazm. Bagi melengkapkan perbincangan, penulis juga menganalisis bagaimana konsep tafsiran secara zahiriyyah pada zaman moden melalui golongan Salaf dan Shi’ah Akbari. Oleh yang demikian, kaji selidik yang dijalankan terhadap 1 Professor, Department of Shariah and Law, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, ahidayat@um.edu.my