16 LOGO SIMBOLIK FENG SHUI: PENDEKATAN FENG SHUI UNTUK REKA BENTUK LOGO DI DAERAH BESAR CHINA SHAWHONG SER* shaw.h@chula.ac.th* Abstrak Seni kuno Feng Shui mempunyai pelbagai tafsiran dan aplikasi pada zaman kontemporari. Dari Feng Shui untuk rumah, ruang awam sehingga Feng Shui untuk perniagaan, semuanya tertumpu untuk menghasilkan tenaga positif atau 'Qi' dan untuk menggalakkan sudut baik dalam semua aspek kehidupan. Dalam konteks kontemporari, khususnya dalam dunia perniagaan di wilayah besar China, Feng Shui digunakan untuk menggalakkan aliran yang baik di tempat kerja demi mengukuhkan kesejahteraan pekerja, juga untuk menggalakkan lebih banyak kejayaan dalam perniagaan. Walaupun aplikasi Feng Shui untuk perniagaan adalah yang paling terkenal, masih terdapat bidang yang melibatkan penggunaan Feng Shui, iaitu dalam reka bentuk logo perniagaan. Dari perspektif Feng Shui, logo perniagaan dengan ā€˜Qi’ yang tepat sangat penting untuk kejayaan dalam perniagaan. Mengenai reka bentuk logo Feng Shui, terdapat panduan utama seperti pemilihan warna, susunan bentuk dan perkaitan simbolik gambar yang didasari oleh prinsip-prinsip penting Feng Shui. Oleh itu, untuk menggabungkan elemen Feng Shui ke dalam reka bentuk logo merupakan sesuatu yang kompleks dan berperingkat. Dalam kajian ini, untuk menjawab minat ilmiah terhadap logo Feng Shui dalam perniagaan, pengkaji telah berusaha untuk menunjukkan beberapa aspek penting dari penerapan Feng Shui dalam logo perniagaan, iaitu "Logo Simbolik Feng Shui", dan akan membincangkan bagaimana konsep Feng Shui mempengaruhi dan mencerminkan reka bentuk dan nilai estetika logo Feng Shui di wilayah Besar China. Diharapkan kajian ini dapat memberikan pemahaman mengenai aplikasi kontemporari Feng Shui dalam dunia perniagaan, terutamanya pada logo perniagaan Feng Shui. Kata kunci: budaya dan reka bentuk Feng Shui, logo simbolik Feng Shui, reka bentuk logo. Dihantar : 12 Febuari 2019 Disemak : 31 Mac 2019 Diterbit : 31 September 2019 * Profesor Madya– Institut Seni Kreatif dan Rekabentuk, Universiti College Sedaya International UCSI