1 PEMERINTAHAN SULTAN ABDUL HAMID II (1876-1909) MEMPUNYAI KEJAYAAN DAN KEGAGALAN. BINCANGKAN WAN NUR IZZATI BINTI WAN BAHARI PENGENALAN Dunia pemerintahan mengajar individu dan organisasi akan erti kegagalan dan kejayaan ianya bagaikan sudah menjadi adat. Maka tidak hairanlah sekiranya sekiranya pemerintahan Sultan Abdul Hamid II mempunyai kejayaan dan kegagalan sepanjang memerintah dalam tempoh 1876 sehingga 1909. Sultan Abdul Hamid II Ibni Sultan Abdul Majid Ibni Sultan Mahmud II merupakan sultan yang ke-34 dalam salasilah Kerajaan Uthmaniyah dan memerintah selama 33 tahun. Baginda dilahirkan pada 16 Syaaban 1258 iaitu bersamaan dengan 21 September 1842 Masihi. Mempunyai perwatakan dan berkeperibadian mulia menjadikan baginda suri teladan yang baik dan sewajarnya dijadikan ikon bagi pemerintah- pemerintah kerajaan Islam. Mendapat pengajian rasmi di istana dan telah berguru dengan beberapa orang mahaguru dalam mempelajari bahasa Caucasia, Albania, Turki, Parsi dan Arab. Baginda amat mencintai ilmu dan rajin belajar. Lord Beconsfield menyifatkan Sultan Abdul Hamid II adalah seorang yang tidak zalim, tidak menerima rasuah dan bukan seorang yang fasik. Sultan Abdul Hamid pada usianya 34 tahun dilantik sebagai Khalifah pada 18 Syaaban 1293 Hijrah bersamaan dengan 7 September 1876 Masihi selepas dua orang sultan sebelumnya dijatuhkan oleh konspirasi dalaman yang didalangi oleh Yahudi dengan bantuan kuasa luar yang berhasrat menghancurkan kerajaan Uthmaniyah. Sultan Abdul Hamid dikira sebagai sultan dan khalifah yang terakhir dalam empayar Uthmaniyah yang memerintah dengan kuasa mutlak. Sultan baru yang dilantik selepasnya hanya sebagai boneka yang tidak mempunyai sebarang kuasa dan berakhir semasa