BEZAKAN PERKEMBANGAN SEJARAH PERISIKAN ZAMAN SILAM DENGAN ZAMAN MODEN WAN NUR IZZATI BINTI WAN BAHARI PENGENALAN Tahun 2018, Malaysia digemparkan dengan pembocoran surat Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO). Dalam satu laporan akhbar bertarikh 31 Julai 2018, menyatakan bahawa pembocoran ini dikhuatiri akan mengancam keselamatan pegawai agensi itu yang berada di seantero dunia. 1 Peguam kepada Bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) berkata bahawa kejadian ini menyebabkan buat pertama kalinya kewujudan MEIO didedahkan kepada umum sejak ia ditubuhkan pada 1960-an. Kenyataan ini memberikan satu gambaran bahawa kegiatan perisikan mahupun agensi-agensi perisikan sememangnya telah lama wujud di Malaysia. Malah kegiatan perisikan ini dikatakan telah lama bertapak di dunia. Sebagai mana dunia pelacuran, dunia perisikan juga merupakan antara kegiatan tertua di dunia yang dijalankan dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun perubahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat sama ada dari sudut struktural atau teknikal telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam perkembangan sejarah perisikan. Menurut The Penguin Dictionary of International Relations, perisikan ditakrifkan sebagai kuasa pengetahuan untuk mengumpul maklumat berkaitan sesuatu dengan keupayaan serta hasrat yang menjadi aspek penting dalam membentuk polisi luaran dan dalaman. Manakala sejarah perisikan pula secara umumnya menjadikan aktiviti perisikan sebagai asas kajian dan merujuk kajian sejarah dengan menjadikan perisikan sebagai subjek kajian. Aspek- aspek perisikan yang telah berlaku akan diambil kira dalam sejarah perisikan. Pakar sejarah 1 “Bocor surat MEIO, keselamatan 1000 ejen terancam”, Berita Harian, 31 Julai 2018. <https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/456344/bocor-surat-meio-keselamatan-1000-ejen- terancam> (23 Novermber 2018).