Proceeding: 3rd International Conference on Islamic, Education and Law (ICIEL, 2019) (ISBN:xxx) Tabung Haji Hotel Terengganu, Malaysia 1 TAHAP KOMPETENSI GURU (pdpc) SKPMG2 DAN TAHAP KEMENJADIAN MURID Khuzaimah binti Zaaim 1 Dr.Mohamed Yusoff bin Mohd Nor 2 Dr. Shahlan bin Surat 3 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Malaysia, (E-mail: kzaaim@yes.my) 21 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Malaysia, (Email: yusoff1963@ukm.edu.my) 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Malaysia, (E-mail: drshahlan@ukm.edu.my) __________________________________________________________________________________________ Abstract: - Kompetensi guru (pdpc) merupakan salah satu daripda atribut dalam kerangka konsep SKPMG2 (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang ke 2). Oleh itu, kajian ini ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan kompetensi guru (pdpc) SKPMG2 dengan kemenjadian murid. Sampel kajian terdiri daripada 310 orang guru. Rekabentuk tinjauan dipilih dalam kajian ini. Instrumen soal selidik dengan lima skala Likert digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Analisis deskriptif digunakan untuk melihat min, sisihan piawai, peratus dan peratusan. Manakala Analisis Infrensi, Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara kompetensi guru (pdpc) SKPMG2 dengan kemenjadian murid. Data dianalisis menggunakan SPSS 22.0.Dapatan kajian mendapati min tahap kompetensi elemen (pdpc) SKPMG2 (4.1991) dan tahap kemenjadian murid (4.0089) berada pada tahap tinggi. Selain itu, dapatan menunjukan wujudnya hubungan positif sederhanan dan signifikan antara tahap Amalan Elemen Kompetensi Guru (pdpc) dan tahap Kemenjadian murid [r(308)=0.584,p<0.05]. Peningkatan kemenjadian murid secara tidak langsung dipengaruhi oleh peningkatan amalan kompetensi guru (pdpc) SKPMG2. Keywords: Kompetensi guru (pdpc), SKPMG2, Kemenjadian Murid, Aspirasi Murid, Pengajaran dan Pemudahcaraan ___________________________________________________________________________ PENGENALAN Kemenjadian murid merupakan indikator kejayaan bagi sesebuah sekolah. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2011) hingga telah mengaspirasikan bahawa diakhir persekolahan murid telah mengusai ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir, menguasai dwi bahasa, kemahiran kepimpinan , identiti nasional dan etika dan kerohanian. Bagi menghasilkan kemenjadian murid yang holistic ini memerlukan kerjasama yang melibatkan semua unit di sekolah, samada pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum dan pengurusan hal ehwal murid. Namun, berdasarkan kepada peperiksaan awam UPSR bagi tempoh 2015 2017, menunjukan kualiti kemenjadian akademik murid sekolah rendah di Daerah Kuala Langat kurang memperoleh gred yang baik dalam matapelajaran yang diambil walaupun Gred Purata Negeri (GPN) yang diperoleh pada tahun 2016, sebanyak 2.85 (Times, 2016).Sumbangan kemenjadian murid dalam akademik masih lagi di tahap sederhana dan memerlukan anjakan dari semua pihak terutamanya komitmen dari guru-guru. Salah satu cara meningkatkan kemenjadian murid adalah melalui keadah pembelajaran dan pemudahcaraan guru di dalam kelas. Namun begitu, guru-guru matapelajaran masih lagi menggunakan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan yang kurang menarik menyebabkan kemenjadian murid terganggu dan bermasalah. Keadaan ini juga, dijelaskan oleh (Nurul Izzati Azizi, 2011) yang menyatakan bahawa guru tidak