ISSN 2232-0431 / e-ISSN 2504-8422 VOL. 22 (1) 2020: 86-95 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Journal of Islamic Social Sciences and Humanities لنسانيةسلمية وافة اللثقا مجلة ا 86 Submission date: 03/01/2020 Accepted date: 1/04/2020 KESEDIAAN PELAJAR GENERASI Z DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN DALAM PEMBELAJARAN TERADUN BAHASA ARAB DALAM ERA IR4.0 Readiness of Generation Z Students at University Malaysia Kelantan for Arabic Blended Learning in the Era of IR4.0 Ahmad Zaki Amiruddin a , Zulazhan Ab. Halim b , Nurkhamimi Zainuddin c a Universiti Malaysia Kelantan b Universiti Sultan Zainal Abidin c Universiti Sains Islam Malaysia ahmadzaki@umk.edu.my Abstrak Era IR4.0 telah mencetuskan anjakan paradigma dalam pelbagai sektor, termasuk sektor pendidikan melalui penerapan gabungan teknologi; e-pembelajaran dengan pembelajaran bersemuka yang dikenali sebagai pembelajaran teradun. Kajian ini diketengahkan bagi mengenal pasti tahap kesediaan pelajar Generasi Z (Gen-Z) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam pembelajaran teradun bahasa Arab. Kaedah kuantitatif telah dimanfaatkan dalam kajian ini dengan menumpukan kepada analisis statistik deskriptif melalui edaran soal selidik yang melibatkan pelajar UMK. Dapatan menunjukkan kesediaan responden untuk pembelajaran teradun bahasa Arab pada tahap tinggi. Oleh itu, dicadangkan kajian berkaitan pembelajaran teradun perlu lebih giat dijalankan pada masa akan datang kerana pelajar Gen-Z bersedia menerimanya. Kata kunci: bahasa Arab, pembelajaran teradun, pelajar gen-z, e-pembelajaran. Abstrak The era of IR4.0 led to a rapid paradigm in various sectors, including the education sector through the adoption of technology combination; e-learning and face-to-face learning, known as blended learning (BL). This study was designed to identify the readiness level of generation z (Gen-Z) students at Universiti Malaysia Kelantan (UMK) for Arabic BL. The quantitative method was utilized in this study by focusing on descriptive statistical analysis through the distribution of questionnaires