Zuraidah, Che Zarrina & Chang “Transgenderisme di Malaysia: Pelan Bimbingan Kembali Kepada Fitrah,” Afkar Vol. 20 Issue 2 (2018): 279-322 279 TRANSGENDERISME DI MALAYSIA: PELAN BIMBINGAN KEMBALI KEPADA FITRAH DARI PERSPEKTIF PSIKOSPIRITUAL ISLAM TRANSGENDERISM IN MALAYSIA: GUIDE PLAN BACK TO FITRAH FROM ISLAMIC PSYCHOSPIRITUAL PERSPECTIVE Zuraidah Abdullah , Che Zarrina Sa’ari  & Lee Wei Chang  Department of Educational Management, Planning & Policy. Faculty of Education. University of Malaya. 50603. Kuala Lumpur. Malaysia.  Department of `Aqidah & Islamic Thought. Academy of Islamic Studies. University of Malaya. 50603. Kuala Lumpur. Malaysia.  Research Promotion Unit, Centre for Research Services. Research Management & Innovation Complex. University of Malaya. 50603. Kuala Lumpur. Malaysia. Email:  zarrina@um.edu.my DOI: https://doi.org/10.22452/afkar.vol20no2.9 Khulasah Hari ini masyarakat dunia umumnya dan masyarakat Malaysia khususnya sedang berhadapan dengan isu yang semakin melonjak dalam hal kecelaruan gender iaitu transgender. Golongan ini muncul dengan persoalan kejantinaan, orientasi seksualiti, psikologi, kognitif dan tingkahlaku yang menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat, malah melibatkan soal keagamaan khususnya agama Islam. Secara jelas perlakuan transgender dilarang di dalam Islam apatah lagi apabila ia melibatkan soal penampilan dan orientasi seksualiti. Dari sudut perundangan negara dan konteks sosial juga dapat dilihat bahawa ia tidak dapat diterima sebagai sesuatu yang wajar. Namun, apabila dirujuk kepada perspektif mereka yang terlibat dengan transgender, mereka mengemukakan pelbagai sebab berlandaskan pelbagai aspek yang menonjolkan