IMPLEMENTASI AQAD IJARAH MUNTAHIYA BITTAMLIK PADA PRODUK BAITI JANNATI DI BANK MUAMALAT INDONESIA Iskandar Ibrahim 1 , Ilhaamie Binti Abdul Ghani Azmi 2 dan Azian Bin Madun 2 1 Candidate Master Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur. 2 Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Abstract Paper ini membahas tentang penerapan aqad ijarah muntahiya bittamlik pada produk Baiti Jannati dan memiliki beberapa kelebihan daripada aqad murabahah serta tingkat keuntungan yang diperolehi daripada pembiayaan produk Baiti Jannati. Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengetahui secara jelas tentang Implementasi Aqad dalam pembiayaan produk Baiti Jannati di Bank Muamalat Indonesia, untuk mengetahui kelebihan penerapan Aqad Ijarah Muntahiya Bittamlik pada pembiayaan perumahan dibandingkan dengan penerapan aqad murabahah, dan tingkat keuntungan yang diperolehi oleh BMI pada pembiayaan Baiti Jannati. Metode pengumpulan data dalam penelitian ini iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan, yang didukung dengan teknik wawancara. Setelah dilakukan penelitian, hasil yang diperolehi bahawa pelanggan mengajukan permohonan dengan melengkapi syarat administrasi, bank akan meninjau kemampuan pelanggan dan kelayakan untuk dibiayai, jika seluruh syarat sudah dipenuhi maka pelanggan dan bank akan menjalankan transaksi ini dengan membayar ansuran hingga akhir masa sewa dan bank akan menghibahkan rumah setelah pelanggan membayar ansuran sewa. Bentuk aqad ijarah di Bank Muamalat Indonesia adalah akad sewa yang diikuti dengan hibah. Kelebihan aqad ijarah muntahiya bittamlik iaitu: jangka waktu lebih panjang, harga lebih murah, lebih mudah dalam hal pembukuan, dan masa sewa dapat diperpanjangkan. Tingkat keuntungan dari pembiayaan ini lebih kecil daripada jual beli dengan skim murabahah, tingkat keuntungan ini dilihat dari hasil equivalent rate yang ada dalam sistem Bank Muamalah Indonesia. Keywords: Aqad ijarah muntahiya bittamlik, produk Baiti Jannati, Bank Muamalat Indonesia Pengenalan Bank Syari'ah salah satu institusi kewangan yang melaksanakan kegiatan usaha berdasarkan prinsip syari'ah, iaitu peraturan perjanjian berdasarkan hukum Islam antara bank dan pihak lain. Dalam menjalankan usahanya, bank Syari'ah menggunakan pola pembahagian untung yang merupakan landasan utama dalam segala operasinya, baik dalam produk pembiayaan, pembiayaan mahupun dalam produk perkhidmatan. Produk produk bank Syari'ah mempunyai kemiripan, tapi tidak sama dengan produk Konvensional kerana adanya pelanggaran riba, gharar, dan maisir. Kegiatan bank pada umumnya menghimpun dana dari masyarakat dalam bentuk tabungan dan deposit dan juga untuk menyalurkan kembali ke masyarakat dalam bentuk bermacam-macam jenis produk-produk pembiayaan dan juga menyediakan jasa-jasa perbankan lain yang berdasarkan prinsip-prinsip Syari'at Islam. Konsep ijarah sudah mengalami perkembangan dalam bentuk Ijarah Muntahiya Bittamlik sewa yang diakhiri dengan hak pemilikan atas barang. Ijarah Muntahiya Bittamlik ini merupakan perpaduan antara kontrak jual-beli dan sewa atau lebih tepatnya akad sewa yang diakhiri dengan pemilikan barang dari penyewa, sifat pemindahan pemilikan ini pula yang membezakan dengan ijarah biasa. Paper’s issue: Economic, banking, and related/ADIC-131