“KERANGKA SYED”: SATU KAEDAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN KBAT PENDIDIKAN ISLAM PT3 1 Meriyusnita binti Rajab, 2 Zamri bin Rajab, PhD. 1 SMKA Sheikh Hj. Othman Abdul Wahab, Kuching Sarawak MALAYSIA. 2 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu MALAYSIA. Maklumat Abstrak Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mula diperkenalkan dalam sistem Penilaian dan Pentaksiran Sekolah Menengah di peringat PT3 bermula 2014. Langkah untuk mengaplikasikan KBAT dalam PdPc adalah bagi melahirkan pelajar yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiran Programme For International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Sciens Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013- 2015. Kajian ini bertujuan untuk memberi kaedah yang ringkas dan mudah untuk pelajar menjawab soalan berbentuk KBAT dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan memudahkan para guru untuk melaksanakan PdPc KBAT di dalam kelas. Kajian dijalankan ke atas 20 orang pelajar tingkatan 3 (3 Syafie dan 3 Maliki) yang masih tidak mencapai sasaran A dalam ujian dan penilaian dalaman yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Dapatan daripada kajian menunjukkan bilangan pelajar daripada kedua- dua kelas yang mendapat gred A (80 markah) telah meningkat daripada 66% bagi Ujian Pra (Ujian Progresif) kepada 80% untuk ujian Pos (Peperiksaan Pertengahan Tahun). Hasil kajian ini juga menunjukkan pelajar mesti dipandu dan dibimbing untuk merangka jawapan dan mencari idea bagi menjawab soalan- soalan aras tinggi (KBAT). AL-MIZAN Jurnal Akademik INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN 22200 BESUT, TERENGGANU BIL. 12 TAHUN 2019 ISSN : 2180-0111 Maklumat Artikel Tarikh terima : 25/7/2019 Tarikh dinilai : 26/8/2019 Tarikh disah terima : 8/9/2019 Alamat emel penulis recolitorey@yahoo.com