1 الرحن الرحيم بسم ا علمي رب المد ل ال مد صلي على ملهم ال Oleh: Ibn Zahari Selesai pada: 2 Jun 2018 (18 Ramadhan 1439H) miortherider@gmail.com ESKATOLOGI DAN ‘ILM AL-FITAN: SUATU TINJAUN ASAS DAN RINGKAS 1 ETIMOLOGI DAN TERMINOLOGI Eskatologi Eskatologi ini adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu: eschatos: last logy: study of Menurut Kamus English Oxford, eschatology merujuk kepada, The part of theology concerned with death, judgement, and the final destiny of the soul and of humankind. 2 Ada juga yang berpendapat bahawa eskatologi ini adalah sebahagian daripada teologi yang khusus membicarakan tentang perkara akhir zaman (final events of history) atau takdir mutlak; pengakhiran bagi kemanusiaan (ultimate destiny of humanity). Konsep ini lazimnya merujuk kepada slogan, End of Worldatau End of Time. 1 Sebahagian perbahasan dikekalkan dalam bahasa Inggeris atau selainnya atas dasar untuk memelihara teks asal. Para pembaca disarankan untuk menterjemahkannya sendiri. 2 https://en.oxforddictionaries.com/definition/eschatology