11: 1 (2019) 7380 | www.sainshumanika.utm.my | e-ISSN ISSN: 2289-6996 Full paper Sains Humanika An Inquisitive Semantic Studies in Tamil Proverbs: Plants Image Kajian Semantik Inkuisitif dalam Peribahasa Tamil: Imej Tumbuhan Tangaprabu Murthy * , Mary Fatimah Subet, Muhammad Zaid Daud Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia *Corresponding author: 18020014@siswa.unimas.my Article history: Received:09 July 2018 Received in revised form: 26 November 2018 Accepted: 30 November 2018 Published online: 31 December 2018 Abstract India community is no exception to have their own proverbs. This proverb is derived from generation to generation since their ancestral age. The use of proverbs in their daily communication can illustrate their subtlety of speaking in a language that is immersive. Therefore, this study attempts to deepen the intellect of the Indian community proverbs using an inquisitive semantic perceptive by Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Focusing on the Tamil proverbs using plant images as their research data such as paddy, grass, ginger and turmeric were obtained through in-depth interview techniques along with four Indian informants. Hence, this study can describe the meaning of this idiom based on the intellectuality of its speakers, which includes various fields such as the behavior of the speakers, the cultural, moral values of the individual's personality that assimilate the environment such as using flora images to reflect human behavior. Keywords: Tamil proverbs; plant images; semantics; inquisitive semantic; the minds of the speakers Abstrak Masyarakat India juga tidak terkecuali memiliki peribahasanya yang tersendiri. Peribahasa ini bersumberkan secara turun temurun yang dimiliki sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Penggunaan peribahasa dalam komunikasi harian mereka ini dapat menggambarkan kehalusan mereka berbahasa menggunakan bahasa yang berimplisit. Oleh itu, kajian ini akan mendalami akal budi (keintelektualan pemikiran) masyarakat India melalui penciptaan peribahasa yang mempunyai imej tumbuhan dengan menggunakan pendekatan semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Pemfokusan kajian peribahasa Tamil ini menggunakan imej tumbuhan sebagai data kajiannya seperti padi, rumput, halia dan kunyit telah diperoleh melalui teknik temu bual mendalam bersama-sama dengan empat orang informan yang berbangsa India. Dengan itu, kajian ini sebegini dapat menghuraikan makna peribahasa ini berpandukan keintelektualan pemikiran penuturnya iaitu masyarakat India yang mencakupi pelbagai bidang seperti tingkah laku penuturnya, nilai budaya, moral dan akhlak keperibadian individu yang bijak mengasimilasikan alam sekeliling seperti menggunakan imej flora bagi mencerminkan tingkah laku manusia secara berkias. Kata kunci: Peribahasa Tamil; imej tumbuhan; semantik; semantik inkuisitif; akal budi penutur © 2019 Penerbit UTM Press. All rights reserved 1.0 PENGENALAN Peribahasa dikenali sebagai ‘pazhamozhi’ dalam bahasa Tamil. Menurut Parameswaran (2016), perkataan ‘pazhamozhi’ itu dapat dipisahkan kepada dua iaitu ‘pazha’ yang bermaksud keindahan bahasa yang diguna pakai sejak zaman dahulu dan perkataan ‘mozhi’ pula bermaksud bahasa. Bagi Murthy dan Subet (2018a) pula, menyatakan bahasa orang dahulu lebih gemar menggunakan peribahasa atau ‘pazhamozhi’ itu untuk menyampaikan sesuatu hasrat tanpa menyinggung perasaan seseorang individu atau sekumpulan masyarakat dahulu mementingkan kesopanan dan keakraban yang juga menjadi budaya masyarakat India sehingga kini. Kebanyakan peribahasa yang dicipta bersifat memberi pengajaran. Peribahasa Tamil merupakan hasil pengalaman orang-orang dahulu terutamanya masyarakat yang lahir di Tamilnadu dan Sri Lanka. Peribahasa Tamil muncul di negara kita melalui orang-orang Tamil yang datang ke Tanah Melayu sebagai pekerja dan kuli. Masyarakat yang datang ke negara kita membawa bersama tradisi, budaya, amalan, bahasa serta kepercayaan mereka. Jika dilihat dengan teliti penggunaan peribahasa merupakan amalan masyarakat India ketika dahulu dan mempunyai ketesiratan makna. makna tersirat di sebalik peribahasa ini pula menceritakan bahawa kita sebagai manusia yang biasa akan menghadapi kesenangan serta kesusahan dalam hidup kita. Makna yang dikemukakan secara tersirat mempunyai kaitan dengan budaya, konteks penggunaan, pengalaman serta persekitaran, emosi, pendidikan dan pandangan tentang dunia (Subet & Daud, 2016, 2017, 2018). Bagi kajian ini pengkaji akan menggunakan peribahasa Tamil yang berimej tumbuhan sebagai data kajiannya. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat