Integrasi Terapi Rabbani dalam Rawatan Rehabilitasi Seliaan Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) 295 INTEGRASI TERAPI RABBANI DALAM RAWATAN REHABILITASI SELIAAN YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN (YOKUK) Rahim Kamarul Zaman * , Muhammad Adam Abd. Azid ** Khairulnazrin Nasir *** , Mohd Khairulnaim Che Nordin **** ABSTRAK Rehabilitasi merupakan suatu proses pemulihan fungsi akibat komplikasi kesihatan. Secara amnya, proses rehabilitasi merangkumi penjagaan harian, rawatan klinikal dan sokongan bukan klinikal yang bertujuan membantu pesakit mencapai tahap keberdikarian maksimum. Di negeri Kelantan, Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), merupakan di antara pertubuhan bukan kerajaan yang membantu menguruskan proses rehabilitasi orang kelainan upaya (OKU). Dalam konteks sokongan bukan klinikal, proses rehabilitasi adalah rencam dengan kepelbagaian kaedah pelaksanaan berdasarkan kemahiran dan fokus pegawai bertugas. Sehubungan dengan itu, kajian ini dikemukakan bagi membincangkan alternatif sokongan bukan klinikal melalui pengintegrasian terapi Rabbani dalam rawatan rehabilitasi seliaan YOKUK. Kajian berbentuk * Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Email: abdulrahimkz51@gmail.com ** Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Email: adamsaifulislam@gmail.com *** Jabatan Usuluddin, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. Email: khairulnazrin19@gmail.com **** Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Email: khairulnaim@um.edu.my PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA Muslim Scholars Association of Malaysia Pemberdayaan Jaringan Strategik Ummah: Melakar Kecemerlangan Masa Hadapan @ Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) | زيااء ماليية علم جمع Cetakan Pertama: 2020: ISBN: 978-983-2306-42-9