1 1.0 Pengenalan Malaysia adalah salah sebuah negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan juga raja berpelembagaan. Kedua-duanya adalah merupakan asas perlembagaan Malaysia yang kali terakhir dipinda pada tahun 1963. Demokrasi di Malaysia telah subur dan diamalkan sejak sekian lama bahkan sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Manakala institusi raja-raja telah menyaksikan beberapa perubahan daripada dahulunya berkuasa mutlak, namun kini ia tertakluk kepada perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai raja berpelembagaan. Demokrasi berparlimen adalah sebuah sistem di bawah pentadbiran raja berpelembagaan dengan maksud bahawa Yang Dipertuan Agong (YDPA) selaku ketua negara Malaysia. Perlembagaan Malaysia telah melalui perubahan apabila memasukkan syarat-syarat untuk sistem ini. Antara syarat sistem demokrasi berparlimen ini adalah pembahagian kuasa diantara eksekutif, perundangan dan kehakiman yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Parlimen Malaysia juga melambangkan keutuhan sistem demokrasi demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Pembentukan sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen adalah bertujuan mentadbir sebuah negara agar rakyatnya dapat hidup dengan tenteram, bebas serta mendapat layanan yang adil saksama dan samarata (Anis Yusal Yusoff, Zubayry Abady Sofian 2008: 164). Melalui essei ini akan membincangkan berkaitan perkara yang sinonim dengan demokrasi berparlimen seperti dewan rakyat, dewan negara, demokrasi dan sebagainya. Selain itu, terdapat beberapa perkembangan raja-raja melayu yang bolehlah dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa semasa sebelum penjajahan kolonial, semasa penjajah kolonial dan selepas kemerdekaan negara atau penjajah kolonial yang boleh kita lihat satu persatu perubahan yang terjadi termasuk perubahan besar daripada raja berkuasa mutlak sehinggalah raja berpelembagaan pada hari ini. Hari ini raja-raja melayu juga tertakluk kepada perlembagaan Malaysia yang merupakan undang-undang tertinggi di dalam negara mengatasi semua pihak termasuk raja-raja melayu. Melalui essei ini kita akan membincangkan berkaitan apa itu raja berpelembagaan, peranan raja-raja melayu, Yang Dipertuan Agong (YDPA), dan lain-lain lagi berkaitan raja berpelembagaan. Di samping itu, kita akan melihat betapa pentingnya demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan di dalam kepentingan-kepentingan sistem raja berpelembagaan yang akan kita