MEMBINA PERKAHWINAN BERDAYA TAHAN SEPANJANG HAYAT MELALUI PENDEKATAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Norsaadah Din, Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail & Ahmad Nazeer Zainal Arifin MEMBINA PERKAHWINAN BERDAYA TAHAN SEPANJANG HAYAT MELALUI PENDEKATAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh : NORSAADAH BINTI DIN @ MOHAMAD NASIRUDIN 1 NURZATIL ISMAH BINTI AZIZAN 2 NAZNEEN BINTI ISMAIL 3 AHMAD NAZEER BIN ZAINAL ARIFIN 4 ABSTRAK Penulisan ini mengupas masalah dan cabaran yang berlaku dalam institusi perkahwinan masa kini yang semakin hari semakin rapuh dan musnah. Objektif penulisan adalah untuk mengenal pasti konsep sebenar sebuah institusi perkahwinan dalam Islam, punca kerapuhan rumahtangga dan jalan penyelesaiannya iaitu membincangkan pelan pemerkasaan institusi perkahwinan berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Hasil penulisan ini mendapati antara pelan pemerkasaan yang dicadangkan ialah dengan memudah dan menyegerakan urusan pekahwinan, merendahkan nilai mahar, pasangan perlu saling memahami tujuan perkahwinan, meneliti soal rezeki dari unsur syubhat atau haram, mengamalkan syariat Allah Azza wa Jalla, mencontohi Rasulullah dan memelihara adab dan hak antara suami dan isteri. Katakunci: Pelan Pemerkasaan, Institusi Perkahwinan, Al-Quran Dan Al-Sunnah Pengenalan Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM 2011) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu. Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu. Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009. Ini menimbulkan kekhuatiran kerana kes-kes ini menunjukkan rakyat muslim Malaysia tidak serius dalam perkahwinan mereka (Salawati 2010). Sedangkan 1 1 Pensyarah di Jabatan Usuluddin, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, emel: norsaadah@kuis.edu.my 2 Pensyarah di Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, emel: nurzatil@kuis.edu.my 3 Pensyarah di Jabatan Usuluddin, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, emel: nazneen@kuis.edu.my 4 Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, emel: ahmadnazeer@kuis.edu.my 174