PANDEMIK: PENDEKATAN PELAKSANAAN LATIHAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM) Ima Eryanty Abdul Manaf Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Modal Insan Perpustakaan Negara Malaysia ima_eryanty@pnm.gov.my Adam Zulkarnain Saleng Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Perpustakaan Negara Malaysia adam@pnm.gov.my Abstrak Artikel ini membincangkan pelaksanaan latihan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI) ketika Pandemik COVID-19 berlaku. Selepas peralihan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kebanyakan perpustakaan mula dibuka kepada pengguna dengan jumlah pengunjung yang terhad. Sektor pembelajaran dan latihan tidak terkecuali menerima impak dari situasi ini. Bagi mengekalkan dan meningkatkan kompetensi Pustakawan semasa PKPP, BPMI telah mengurangkan kursus yang telah dirancang, Selain itu, setiap kursus yang dijalankan secara bersemuka perlu mengikut norma baharu dan Standard Operation Procedure (SOP) KKM. Perpustakaan harus kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan pengajaran. Antara pendekatan tersebut ialah penggunaan sistem EPSA (E-Pembelajaran Sektor Awam), Webinar dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian dan mempertingkatkan penggunaan MOOC (Massive Open Online Course) sebagai satu kaedah baharu dalam sektor awam selain daripada penggunaan EPSA dan Webinar. Kata kunci: Pelaksanaan Latihan, Latihan, Pembelajaran Dalam Talian, EPSA, Webinar, MOOC Abstract This article deliberates the implementation of staff training organized by the National Library of Malaysia (NLM) through the Human Capital Development Division (HCDD) during the COVID-19 Pandemic. After the transition to the Recovery Movement Control Order (RMCO), most libraries began to be open to users with a limited number of visitors. The learning and training sector is no exception to receive the impact of this situation. To maintain and enhance the competencies of the staff during RMCO, HCDD has reduced the courses that have been planned, Also, each course conducted face to face must follow the new norms and Standard Operation Procedure (SOP) MOH. Libraries should be creative