MASJID-MASJID TERSOHOR DI MALAYSIA: PENCERITAAN MELALUI VISUAL FOTOGRAFI Marfizul Azuan bin Marsuki, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) marfizul@yahoo.com ABSTRAK Masjid adalah simbol yang sangat penting kepada orang-orang Islam dan adalah sulit untuk menyatakan bagaimana agama Islam mula-mula tiba di Malaysia. Ini adalah berdasarkan kepada kurangnya informasi serta data di dalam topik tersebut. Kebanyakan cendiakawan sejarah hanya menggunakan fakta di mana agama Islam mula bertapak ketika kurun ke 1400 semasa zaman pemerintahan kesultanan Melaka. Oleh yang demikian, pendokumentasian secara visual adalah amat penting sebagai salah satu bahan sejarah yang dilihat dapat dimanafaatkan oleh generasi yang akan datang. Masjid-masjid lama di Malaysia banyak telah pupus di telan zaman ataupun telah musnah dek pembangunan. Adalah amat kesal jika anak warisan peninggalan kita nanti tidak berkesempatan untuk melihat atau merasakan sendiri peninggalan warisan tersebut. Oleh sebab itu kepentingan untuk mendokumentasikan peninggalan sejarah ini adalah amat penting bagi generasi yang akan datang. Selain daripada nilai-nilai estetika penggambaran foto atau hasil daripada penghasilan imejan itu, ada beberapa faktor lain yang turut menyumbangkan kepada kepentingan pendokumentasian ini iaitu seperti daripada faktor sosio masyarakat serta pembudayaan masjid dalam kehidupan sesebuah masyarakat, kesan peninggalan masjid kepada masyarakat setempat serta pengaruh mistikal di dalam komuniti masyarakat tempatan terhadap masjid dan masjid sebagai daya tarikan pelancong dari dalam serta luar negeri. Kata kunci: Masjid, Pengaruh Islam di Tanah Melayu, Fotografi, Senibina, Dokumentasi Visual