Full Paper
International Journal of Islamic and Civilizational Studies UMRAN
| 02 (2019) pp.111 - 126 | www.http://jurnalumran.utm.my/index.php/umran |
© 2017 Penerbit UTM Press. All rights reserved
Penentuan Kifayah adna sebagai Jaminan Nafkah Isteri di dalam Islam:
Kajian kes di Lembah Klang, Malaysia
Determining the Minimum Levels of Sufficiency (Kifayah adna) as Wife Guaranteed Maintenance in
Islam: The Case Study of Klang Valley Malaysia
Bahiyah Ahmad
*
Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
*Corresponding author: bahiyah_api@um.edu.my
Article history
Received: 2018-01-30
Received in revised form: 2019-04-25 Accepted: 2019-05-01 Published online: 2019-06-30
Abstract
The minimum level of sufficiency (kifayah adna) for a wife guarantees her basic living maintenance in Islam.
It is a level forwarded by some Hanafi scholars who considered it the bare minimum maintenance required
to meet a wife’s basic needs. An adequate stipend for a wife’s maintenance secures her livelihood. This study
interviews a group of mothers and judges. Analysis of the collected data reveals that determining what
constitutes kifayah helps resolve various questions and uncertainties in judicial issues such as determining the
minimum level of living in the community, over-maintenance issues, fasakh case claims due to a waiver of
maintenance or inadequate livelihood and issues pertaining to polygamy. The paper concludes that
determining the minimum level of kifayah and ensuring it is practised helps satisfy the basic needs of a wife
and avoid her being subjected to harm. It is a clear manifestation of the maqasid al-shariah that seek to
preserve life, intellect, religion, wealth and progeny. Its determination guarantees the wife a monthly stipend
to ensure her needs are met. This requires periodic socioeconomic studies of society to ensure that the
maintenance levels are adequate.
Keywords: Wife’s maintenance, kifayah adna, kifayah, ma’ruf, minimum level of kifayah.
Abstrak
Kifayah adna atau had minimum keperluan dalam nafkah isteri merupakan jaminan nafkah isteri di dalam Islam.
Kifayah adna diambil daripada beberapa pandangan ulama Hanafi yang mentaksirkan serendah-rendah kifayah
(kecukupan) dalam nafkah isteri adalah dengan mengikut kadar nafkah yang memenuhi keperluan isteri daripada
golongan miskin kerana kadar tersebut sekurang-kurangnya telah memenuhi keperluan asas seorang isteri.
Kecukupan nafkah isteri merupakan satu tuntutan yang besar dalam penyempurnaan pemberian nafkah kepada
mereka. Metod kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian temubual secara mendalam ke atas kumpulan
responden ibu dan kumpulan responden hakim. Hasil kajian mendapati penentuan had kifayah adna dalam nafkah
isteri mampu menyelesaikan pelbagai persoalan dan ketidak jelasan dalam beberapa isu kehakiman misalnya dalam
menentukan kadar nafkah yang paling minima dalam masyarakat, isu nafkah tertunggak, tuntutan kes fasakh
disebabkan pengabaian nafkah atau ketidak cukupan dalam nafkah dan tuntutan berpoligami. Kesimpulannya,
penyempurnaan kifayah adna dalam nafkah dapat memenuhi keperluan asas isteri sehingga menjauhkan kemudaratan
dalam kehidupan isteri tersebut. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kifayah adna selaras degan tuntutan maqasid al-
Syariah dalam menjaga nyawa, akal, agama, harta dan keturunan. Penentuan kadar ini merupakan satu jaminan
nafkah kepada isteri dan ianya menuntut kepada kajian sosioekonomi masyarakat yang perlu dilakukan dari semasa
ke semasa.
Kata Kunci: Nafkah isteri, kifayah, ma’ruf, kifayah adna, minimum.