Sains Malaysiana 39(3)(2010): 417–422 Pendekatan Pelbagai Kriteria untuk Pemilihan Teknologi Pengurusan Sisa Pepejal Terbaik (Multi-criteria Approach for Selecting the Best Solid Waste Management Technologies) A.M. LATIFAH*, HASSAN BASRI & NOOR EZLIN AHMAD BASRI ABSTRAK Peningkatan aktiviti perbandaran dan perindustrian telah mencetuskan masalah pengurusan sisa pepejal. Sebagai usaha penyelesaian, pendekatan bersepadu telah dipilih bagi menguruskan sisa pepejal. Membangunkan dan melaksanakan rancangan pengurusan sisa pepejal bersepadu perlu melibatkan gabungan teknologi dan pilihan yang sesuai dengan keadaan dan undang-undang tempatan. Kajian ini menunjukkan Proses Analisis Hierarki (PAH) berpotensi sebagai kaedah membuat keputusan yang boleh digunakan dalam proses pemilihan teknologi pengurusan sisa pepejal. Tiga aras hierarki dibangunkan dengan matlamat di aras tertinggi, diikuti oleh kriteria dan alternatif. Dengan menggunakan teknik ini, penentuan keutamaan untuk semua teknologi pengurusan sisa pepejal yang dipertimbangkan akan ditentukan dan teknologi dengan nilai keutamaan tertinggi lebih sesuai untuk dibangunkan. Analisis sensitiviti dilakukan bagi menguji sensitiviti keputusan akhir terhadap perubahan kecil penilaian. Aplikasi PAH dalam menentukan keutamaan proses pemilihan teknologi pengurusan sisa pepejal diperjelaskan dalam kajian ini berdasarkan kepada kajian kes di Majlis Perbandaran Port Dickson. Hasil analisis menunjukkan kombinasi teknologi kitar semula dan pengkomposan sesuai diaplikasikan di daerah Port Dickson. Kata kunci: Proses analisis hierarki; pengurusan sisa pepejal ABSTRAcT The growth in urbanization and industrial activities has caused solid waste management problems. As a solution the integrated approach has been chosen to manage the solid waste. Developing and implementing integrated solid waste management involve combined technologies and alternatives which are suitable with local laws condition. This research showed that Analytical Hierarchy Process (AHP) has the potential as a decision making tool that can be used in selecting process of solid waste management technology. Three levels hierarchy was developed with the goal at the top level, followed by criteria and alternatives. By using this technique, the priority of each considered technology will be determined where technology with the highest priority is more suitable to be developed. Sensitivity analysis was carried out to test the sensitivity of fnal decision towards inconsistency of judgement. Application of AHP to determine priority in selecting solid waste management technology was explained in this research based on a case study in the Port Dickson Municipal Council. Analysis of result showed that the combination of recycling technology and composting are suitable to be applied in the Port Dickson district. Keywords: Analytical hierarchy process; solid waste management PENDAHULUAN Proses Analisis Hierarki (PAH) merupakan teknik membuat keputusan pelbagai kriteria yang dibangunkan oleh Saaty (1980, 1985, 1990, 1991). Nigim et al. (2003) mendefnisikan PAH sebagai teknik menetapkan keutamaan untuk situasi masalah pelbagai kriteria yang kompleks dan tidak dijangkakan. Ini kerana PAH bersifat teguh, kuantitatif, mudah difahami dan berupaya menstrukturkan keputusan agar boleh dijejaki, jelas dan dapat dipertahankan (Saaty 1985). PAH digunakan secara meluas dalam proses membuat keputusan dan dianggap sebagai teknik Membuat Keputusan Pelbagai Kriteria (MKPK) yang boleh dipercayai (cho & Kwon 2004; Triantaphylou & Mann 1995). Teknik PAH terkenal dalam pelbagai bidang penyelidikan kerana kebolehannya mengimbangi kecenderungan penilaian individu berbanding kaedah lain (Eddi & Hang 2001). Membuat keputusan melibatkan proses penetapan prioriti dan PAH merupakan teknik yang mengaplikasikan prinsip tersebut. Lazimnya prioriti individu memberikan kesan besar dalam penghasilan keputusan. Teknik PAH telah diterima oleh komuniti saintifk antarabangsa sebagai alat membuat keputusan pelbagai kriteria yang teguh dan feksibel bagi menyelesaikan masalah kompleks (Elkarni & Mustafa 1993). Dengan mengurangkan kekompleksan masalah kepada siri perbandingan berpasangan ringkas, menetapkan kedudukan dan seterusnya mensintesiskan hasil, PAH bukan sahaja membantu dalam mendapatkan