Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 31(1) 2015: 187-204 PENGGUNAAN MEDIA, NORMA KEWARGANEGARAAN DAN PARTISIPASI POLITIK DALAM ERA TRANSISI KE DEMOKRASI DI INDONESIA Najmuddin Mohammad Rasul Universitas Andalas, Padang, Indonesia Samsudin A. Rahim & Ali Salman Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara penggunaan media dan perubahan norma kewarganegaraan dengan partisipasi politik. Fokus kajian ini adalah untuk meninjau perubahan norma kewarganegaraan dalam konteks perkembangan teknologi komunikasi dan sejauhmana pula ia mempengaruhi partisipasi politik dalam konteks Indonesia menuju ke arah transisi demokrasi. Kerangka teori utama yang digunakan adalah media dan partisipasi politik. Kajian ini menggunakan kaedah survei dengan menemubual 384 responden dalam kalangan generasi muda antara usia 17 hingga 40 tahun yang menetap di Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perbezaan jantina, umur dan latarbelakang pendidikan responden tidak berpengaruh secara signifkan kepada penggunaan media dan perubahan norma kewarganegaraan. Hasil ujian hipotesis yang telah dilakukan menunjukkan bahawa latarbelakang pendidikan tidak menjadi factor pembeza kepada penggunaan media, namun menjadi faktor pembeza untuk perubahan norma kewarganegaraan. Seterusnya, ujian analisis hubungan menunjukkan bahawa kekerapan penggunaan media mempunyai hubungan yang signifkan dengan perubahan norma kewarganegaraan manakala norma kewarganegaraan mempunyai hubungan yang signifkan pula