130 PEMERDAGANGAN MANUSIA DI MALAYSIA : ISU DAN USAHA MEMBANTERAS HUMAN TRAFFICKING IN MALAYSIA: ISSUES AND EFFORT COMBATING Nurul Amirah Hamzah 1 Fakulti Teknologi Dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL), Malaysia (Email: amirahhamzah94@gmail.com) Nooraini Othman 2 Fakulti Teknologi Dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL), Malaysia Wardatul Aishah Musa 3 Malaysian Institute of Information Technology, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Malaysia (Email: wardatulaishah@unikl.edu.my) Accepted date: 05-03-2019 Published date: 11-07-2019 To cite this document: Hamzah, N. A., Othman, N., & Musa, W. A. (2019). Pemerdagangan Manusia di Malaysia: Isu dan Usaha Membanteras. International Journal of Law, Government, and Communication, 4(15), 130-140. DOI: 10.35631/ijlgc.4150014 __________________________________________________________________________________________ Abstrak: Pemerdagangan manusia merupakan satu isu yang melanda dunia secara global. Hal ini menunjukkan bahawa dunia sedang berdepan dengan konflik pemerdagangan manusia pada tahap yang membimbangkan dan memerlukan keprihatinan daripada semua pihak. Isu pemerdagangan manusia merupakan isu global yang melanda kebanyakan negara di dunia. Situasi ini menuntut kerajaan pelbagai negara termasuklah kerajaan Malaysia untuk berusaha menangani isu pemerdagangan manusia melalui pelbagai pendekatan. Sehubungan itu, artikel ini akan membincangkan berkaitan isu pemerdagangan manusia di Malaysia dan usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia bagi menangani isu tersebut. Metod penulisan bagi tinjauan usaha membanteras isu pemerdagangan manusia di Malaysia adalah berasaskan pendekatan kualitatif iaitu melalui analisis kandungan ke atas sumber laporan kerajaan, jurnal ilmiah, buku, artikel dan akhbar berkaitan. Artikel ini diharapkan agar dapat menyumbang kepada korpus ilmu di samping memberi pemahaman terhadap isu dan usaha yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia pada hari ini. Kata Kunci: Pemerdagangan Manusia, Malaysia, Usaha Membanteras Abstract: Human trafficking is an issue that strikes the world globally. This shows that the world is facing human trafficking conflict and requires concern from all parties in the effort to end it. The issue of human trafficking is a global issue that affects most of the countries in the world. This situation calls for government’s efforts from all the countries that involve in this Volume: 4 Issues: 15 [June, 2019] pp.130-140] International Journal of Law, Government and Communication eISSN: 0128-1763 Journal website: www.ijlgc.com