GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 13 issue 4 (126-137) 126 © 2017, ISSN 2180-2491 Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan Zaini Sakawi 1 , Sofia Ayup 2, Mohd Fauzi Sukimi 1 1 Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2 Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia Correspondence: Zaini Sakawi (email: zaini@ukm.edu.my) Abstrak Penjanaan sisa pepejal di Malaysia semakin meningkat selari dengan pertambahan penduduk pada masa kini. Kepesatan pembangunan telah menghasilkan pelbagai masalah alam sekitar seperti kapasiti sisa di tapak pelupusan yang semakin kritikal yang menyebabkan tempoh jangka hayatnya tidak mampu menampung peningkatan penjanaan sisa semasa. Pendekatan pengurusan sisa bersepadu perlu dilaksanakan dengan mengambil kira aspek penglibatan masyarakat dalam mengurangkan sisa dari punca. Rentetan itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi isirumah berkaitan aspek pengurusan sisa, pengetahuan dan amalan terhadap kitar semula, dan penglibatan komuniti dalam pengurusan sisa di tiga daerah di Negeri Sembilan. Kaedah kajian secara survei dengan menggunakan borang soal selidik telah dilakukan. Sejumlah 2686 responden dipilih dalam kalangan ketua isirumah dan persampelan kajian dilakukan secara rawak mudah. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan masyarakat terhadap konsep kitar semula dan pengasingan barangan kitar semula secara relatif adalah tinggi. Walau bagaimanapun, tahap pendedahan program dan kesampaian pengetahuan tentang kitar semula daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam adalah sangat rendah. Seterusnya, amalan kitar semula perlu diperkasakan dan penglibatan semua pihak secara bersepadu. Kejayaan sesuatu program kitar semula dan pengurusan sisa pepejal sukar dicapai, walaupun pengetahuan dan amalan pengurusan sisa lestari dalam kalangan komuniti adalah sangat tinggi. Kata kunci: kitar semula, komuniti, pembersihan awam, pengetahuan, pengurusan sisa, sisa pepejal Community knowledge and practices on solid waste management in Negeri Sembilan Abstract Solid waste generation in Malaysia is increasing in line with the population growth. The rapid development has resulted in many environmental problems such as waste carrying capacity at landfill in critical condition and shorthen its lifespan where the landfill is unable to accommodate the increase in waste generation. An integrated waste management approach should be implemented with the involvement of the communityin reducing waste from the source. The purpose of this research is to study the household perceptions on waste management, knowledge and practice in recycling, and community involvement in waste management. The survey method using questionnaire was conducted in three districts in Negeri Sembilan. A total of 2686 respondents were selected from among the heads of household and sampling was done randomly. The results show that community’s knowledge on recycling concepts and the separation of recyclables is relatively high. However, the