10: 3-2 (2018) 67–72 | www.sainshumanika.utm.my | e-ISSN ISSN: 2289-6996
Full paper
Sains
Humanika
Identifying the Talent of Netball Players’ under 12 Years Old
Mengenal Pasti Bakat Pemain Bola Jaring Bawah 12 Tahun
Nurul Fazlin Ramli, Zainal Abidin Zainuddin, Halijah Ibrahim
*
Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Soial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia
*Corresponding author: p-halija@utm.my
Abstract
This study is aimed to obtaining preliminary data for the need for guidance in the process of identifying netball player talent below 12 years in elementary
school. Inconsistent player performance is a concern in this study. Experience of the coaches also plays an important role in forming a solid team of players.
The questionnaire was developed to obtain feedback from the trainer on the selection process of the player. The results show that 90% of the coaches agree
that there is a reference to the selection of players during the preparation of school netball teams. However, the findings show that 100% of the trainers
strongly agree about the necessary course of netball in helping to provide knowledge and skills. It shows that existing references need to be improved with
more effective guidelines. Furthermore, there is a relationship between the coaches’ experience of 50% less than five (5) years with the required knowledge
and skills of player selection. Therefore, the researcher proposes the development of a guideline for netball player selection process who is under 12-years
old to simplify tasks of the coaches.
Keywords: Identify talent; guide selection of players; netball
Abstrak
Kajian ini bertujuan mendapatkan data awal untuk meninjau keperluan panduan dalam proses mengenal pasti bakat pemain bola jaring bawah 12 tahun di
sekolah sekolah rendah. Prestasi pemain yang tidak konsisten menjadi perhatian dalam kajian ini. Pengalaman kejurulatihan jurulatih juga memainkan
peranan yang penting dalam membentuk satu pasukan pemain yang mantap. Soal selidik dibina bagi mendapatkan maklum balas jurulatih terhadap proses
pemilihan pemain ini. Hasil kajian mendapati sebanyak 90% jurulatih setuju terdapat rujukan pemilihan pemain semasa persediaan pasukan bola jaring
sekolah. Namun begitu dapatan menunjukkan 100% jurulatih sangat setuju tentang keperluan kursus berkaitan bola jaring dalam membantu memberi
pengetahuan dan kemahiran. Ini menunjukkan rujukan sedia ada perlu ditambah baik dengan garis panduan yang lebih efektif. Tambahan pula, wujud
hubungan antara pengalaman jurulatih iaitu 50% kurang daripada 5 tahun dengan pengetahuan dan kemahiran pemilihan pemain yang diperlukan. Oleh yang
demikian, penyelidik mencadangkan pembinaan panduan Pemilihan Bakat Pemain Bola Jaring Bawah 12 tahun di sekolah-sekolah bagi memudahkan
tugasan para jurulatih.
Kata kunci: Mengenal pasti bakat, panduan pemilihan pemain, bola jaring
© 2018 Penerbit UTM Press. All rights reserved
⬛1.0 PENGENALAN
Bola jaring merupakan permainan utama dan menjadi tumpuan di peringkat sekolah dalam kalangan murid perempuan. Kejohanan yang
melibatkan permainan bola jaring wujud bermula daripada peringkat sekolah, zon, daerah, negeri hingga ke peringkat kebangsaan yang
dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Pada 6 April 2009, MSSM telah diwartakan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Sebanyak 24 jenis sukan disenaraikan termasuklah sukan bola jaring.
Kurangnya perhatian terhadap program pembangunan pasukan bawah 12 tahun ini menjadikan prestasi pasukan tidak konsisten.
Pemain-pemain juga kurang diberi pendedahan di peringkat kebangsaan menjadikan potensi mereka untuk lebih cemerlang dalam bidang
ini terhalang. Bakat mereka boleh dikembangkan jika atlet-atlet ini dilatih dengan disiplin sukan yang sesuai dengan kebolehan mereka
(Hoare, 2000; Buekers, Borry, & Rowe, 2015).
Menurut Vaeyens, Lenoir, Williams, dan Philippaerts, (2008), Talent Identification Development (TID) atau kenalpasti bakat dicipta
untuk mengenal pasti atlet muda daripada generasi baharu yang menunjukkan potensi diri yang luar biasa untuk terus cemerlang dalam
pasukan elit. Ketiadaan program kecemerlangan di peringkat akar umbi seperti di sekolah-sekolah sendiri dilihat menjadi faktor
penyumbang dalam kegagalan mengekalkan prestasi pasukan yang baik. Pemilihan pemain secara rawak tanpa spesifikasi tertentu
menjadikan program latihan yang dijalankan mengalami pelbagai masalah. Tahap kecergasan pemain yang tidak diberi perhatian juga
menjadi punca kepada masalah ini. Selain itu, proses pemilihan pemain pelapis juga perlu diambil serius kerana mereka inilah yang akan
meningkat naik menjadi pemain-pemain elit yang akan meneruskan kecemerlangan permainan bola jaring kelak.