1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Muzik mempunyai pengaruh yang besar dan tarikan yang amat luar biasa terhadap manusia.Muzik bukan sahaja memberikan ketenangan dan inspirasi tetapi juga menjadi saluran untuk manusia melepaskan perasaan, meredakan tekanan dan sebagai satu bentuk kaedah untuk mencapai kepuasan naluri.Muzik adalah bahasa universal yang mampu juga untuk memainkan peranan yang penting untuk mengubah tahap kesihatan. Manusia telah menggunakan muzik untuk pemulihan, penjagaan dan meningkatkan tahap kesihatan.Sepanjang sejarah, muzik telah dianggap sebagai kuasa penyembuhan. Muzik bukan sekadar memberikan hiburan tetapi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Dalam sejarah kebudayaan Islam sendiri, muzik bukan sekadar sebagai hiburan tetapi turut mempunyai peranan penting, Al-Farabi menghasilkan buku dan teori mengenai muzik dan ia dijadikan bahan rujukan sehingga sekarang. Begitu juga barisan ulama besar termasuk Dr Yusuf Al-Qaradawi dikatakan