29 Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 15(2) 2017: 29-35 DOI : http://dx.doi.org./10.17576/JSKM-2017-1502-14 Artikel Asli/Original Articles Pengambilan Makanan dalam Kalangan Warga Emas yang Mengalami Ketakjaminan Makanan di Penempatan Pertanian di Lubuk Merbau, Kedah (Food Intake among Older Adults with Food Insecurity in an Agricultural Settlement at Lubuk Merbau, Kedah) ROHIDA SALEH HUDIN, SUZANA SHAHAR, NORHAYATI IBRAHIM & HANIS MASTURA YAHAYA ABSTRAK Ketakjaminan makanan dikaitkan dengan pengambilan nutrien yang tidak mencukupi dalam kalangan warga emas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan pengambilan makanan dalam kalangan warga emas yang mengalami ketakjaminan makanan di kawasan penempatan pertanian iaitu di FELDA Lubuk Merbau, Kedah. Seramai 70 orang warga emas telah dipilih secara subsampel dari kajian sebenar (n = 289: purata umur 69.2 ± 7.4 tahun) untuk mengisi maklumat bekalan makanan selama seminggu. Kajian ini dijalankan melalui lawatan dari rumah ke rumah, dengan responden ditemu ramah untuk mendapatkan maklumat sosiodemograf dan ketakjaminan makanan. Pengambilan makanan direkodkan mengunakan soal selidik bekalan makanan untuk seminggu. Ketakjaminan makanan dinilai menggunakan soal selidik ketakjaminan makanan untuk warga emas. Hasil kajian mendapati seramai 19.7% responden mengalami ketakjaminan makanan. Pengambilan tenaga didapati lebih tinggi dalam kalangan responden wanita dengan ketakjaminan makanan (2329.0 ± 814 kcal/hari) berbanding mereka yang tidak mengalami ketakjaminan makanan (1836 ± 447 kcal/hari) (p < 0.05). Walau bagaimanapun selepas digugurkan responden yang terlebih lapor, pengambilan tenaga antara kedua kumpulan adalah tidak berbeza secara signifkan (1890 ± 208 kcal/hari dan 1643 ± 233 kcal/hari). Jumlah pengambilan makanan dari kumpulan makanan lemak, minyak, gula dan garam adalah tinggi dalam kalangan subjek dengan ketakjaminan makanan (106.6 ± 60.0 g/hari) berbanding dengan mereka yang tidak mengalami ketakjaminan makanan (80.3 ± 30.1 g/hari)(p < 0.05). Kesimpulannya, satu perlima daripada responden mengalami ketakjaminan makanan dan dikaitkan dengan pengambilan makanan yang kurang sihat iaitu tinggi lemak, minyak, gula dan garam. Terdapat keperluan untuk merangka program intervensi bagi meningkatkan kualiti diet warga emas yang berisiko mengalami ketakjaminan makanan. Kata kunci: Pengambilan makanan; ketakjaminan makanan; warga emas; bekalan makanan; pengambilan tenaga ABSTRACT Food insecurity is associated with an inadequate nutrient intake among older adults. Therefore, this study aimed to determine the food intake among older adults with food insecurity in an agricultural settlement, i.e. Felda Land Development Authority (FELDA) settlers at Lubuk Merbau, Kedah. A total of 70 older adults were selected as a subsample to record data on food supply for a week, from an original study (n = 289: mean age= 69.2 ± 7.4 years). This study was conducted through a house to house visit of which respondent was interview to get information on sociodemographic and food insecurity. Food intake was recorded for a week using food supply questionnaire. Food insecurity was assessed using Food Security Tool For the Elderly. Results indicated that 19.7% respondents had food insecurity. Energy intake was found to be higher among women with food insecurity (2329.0 ± 814 kcal/day) compared to respondents with food secured (1836 ± 447 kcal/day) (p < 0.05). However, after removing over reporters, the energy intake among both groups did not differ signifcantly (1890 ± 208 kcal/day and 1643 ± 233 kcal/day). Total intake from food groups of fat, oil, sugar and salt was higher among respondents with food insecurity (106.6 ± 60.0 g/day) as compared to those who were food secured (80.3 ± 30.1 g/day)(p < 0.05). In conclusion, food insecurity affected approximately a ffth of the respondents and associated with unhealthy diet with high in fat, oil, sugar and salt. There is a need to formulate intervention programme to improve the quality of diet of older adults at high risk of food insecurity. Keywords: Food intake; food insecurity; older adults; food supply; energy intake PENGENALAN Ketakjaminan makanan merupakan isu yang mampan dan kompleks, yang dikaitkan dengan bukan sahaja pemakanan yang seimbang tetapi juga ekonomi, alam sekitar dan perdagangan (World Health Organization 2014). Bekalan makanan mencukupi sekiranya isi rumah mempunyai peluang untuk mendapatkan makanan yang JSKM15(2) 4(a).indd 29 11/07/2017 11:10:49