SeFPIA 2020 | SPECIAL EDITION ISSN: 2232-1047 eISSN: 0127-8886 1 INSTITUSI ZAKAT DALAM MENDEPANI WABAK COVID-19 DI MALAYSIA : ISU DAN CADANGAN GARIS PANDUAN Zakat Institutions In Dealing With Covid-19 Pandemic In Malaysia: Issues And Suggested Guidelines Azman Ab Rahman i , Afaf Sukari ii i Timbalan Pengarah Infad, IFFAH & Profesor Madya, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. azman@usim.edu.my ii Pembantu Penyelidik, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. afafsukari97@gmail.com Article Progress Received: Revised: Accepted: Abstrak Institusi zakat merupakan institusi yang berperanan sebagai medium pengantara antara pembayar dan penerima zakat yang memainkan peranan penting untuk mengutip dan mengagihkan zakat secara efisien. Wajib bagi individu muslim yang cukup syarat untuk membayar zakat sama ada berakal, baligh atau mukallaf. Namun, dengan keadaan Malaysia yang dilanda wabak pandemik Covid-19, timbul pelbagai isu dari sudut muamalat, munakahat, ibadat termasuk juga zakat yang perlu dilihat dari sudut kedudukan hukumnya. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan zakat dalam mendepani wabak Covid-19. Artikel ini juga akan mencadangkan garis panduan zakat bencana bagi penyakit berjangkit. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa isu keperluan ijtihad zakat Covid- 19 perlu dilaksanakan segera bagi memastikan pengurusan dan pengagihan zakat dapat berjalan dengan lancar. Kajian juga mencadangkan bahawa perlunya satu garis panduan berkenaan zakat bencana Abstrak Zakat institutions are institutions that act as a medium of intermediary between zakat payers and recipients who play an important role in collecting and distributing zakat efficiently. It is obligatory for Muslim individuals who have sufficient conditions to pay zakat whether it is rational, puberty or mukallaf. However, with the situation of Malaysia being hit by the pandemic of Covid-19, various issues arise in terms of finance, marriage, worship including zakat which needs to be seen from the point of view of its legal position. Thus, this article aims to discuss issues related to zakat in the face of the pandemic Covid-19. This article will also suggest the guidelines about zakat for the infectious diseases. This qualitative study uses documentation and observation methods in the data collection process. The results of the study found that the issue of the need for ijtihad on zakat Covid-19 needs to be implemented immediately to ensure the management and distribution of zakat can run smoothly. The study also