86 KONFLIK DALAM LEGENDA PUTERI SAADONG SUDIRMAN BIN KIFFLI* FAIRULADILAN BIN HAMADUN** MD ARIFF BIN ARIFFIN*** DAENG HALIZA BINTI DAENG JAMAL**** HIDAYAT BIN HAMID***** sudirman.k@umk.edu.my*, fairul.h@umk.edu.my**, ariff.a@umk.edu.my***, haliza.j@umk.edu.my****, hidayat.h@umk.edu.my***** Abstrak Legenda Puteri Saadong (LPS) adalah salah sebuah kisah legenda masyarakat di negeri Kelantan. LPS mengandungi pelbagai elemen konflik yang terkandung di dalamnya. Konflik-konflik berkenaan menjadikan LPS sebagai sebuah kisah yang semakin banyak mendapat perhatian dalam kalangan sarjana. Oleh itu, perbincangan dalam penulisan ini memfokus kepada elemen konflik yang berlaku di dalam LPS dengan merujuk kepada peristiwa-peristiwa penting yang terdapat di dalam pengkisahannya. Penelitian elemen konflik dalam penulisan ini berfokus kepada pendekatan konflik yang berpandukan kepada pendekatan John W. Burton (1969). Berdasarkan pendekatan ini, terdapat tiga elemen yang boleh membantu dalam mengenalpasti konflik yang terdapat di dalam LPS iaitu, keperluan (needs), nilai (values) dan keinginan (interests). Kata Kunci: keinginan, keperluan, konflik, legenda, nilai Dihantar : 16 Disember 2019 Disemak : 5 Ogos 2020 Diterbit : 31 2020 ________________________________________________________________________________ * Pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan ** Pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan *** Pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan **** Pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan ***** Pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan