50 HUBUNGAN AMALAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM) TERHADAP KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH KLUSTER NEGERI KELANTAN NORIZAN ISMAIL* NOR KAMILAH MAKHTAR** ISHAK SIN*** nkamilahm@gmail.com Abstrak Kajian dijalankan di dua buah sekolah menengah kluster di negeri Kelantan untuk melihat hubungan anta- ra elemen pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dengan kepuasan kerja guru. Kajian secara kuantitatif ini melibatkan 130 orang guru dari sekolah tersebut. Satu set borang soal selidik yang terdiri daripada mak- lumat demografi responden, konstruk TQM yang terdiri daripada komitmen pengurusan atasan, hubun- gan dengan pembekal, penambahbaikan berterusan, inovasi produk, benchmarking, penglibatan guru, pengiktirafan dan ganjaran, pendidikan dan latihan, tumpuan kepada pelanggan dan konstruk kepuasan kerja guru telah diedarkan. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Version 18 bagi analisis statistik deskriptif dan inferensial. Dapatan analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif antara elemen TQM dengan kepuasaan kerja guru di sekolah menengah kluster. Ini menunjukkan bahawa ganjaran yang diterima oleh guru adalah tidak memberangsangkan dalam meningkatkan kepua- san kerja dalam kalangan guru di sekolah menengah kluster di Kelantan. Cadangan dikemukakan agar satu mekanisme baharu dapat diwujudkan dalam memberi ganjaran dan pengiktirafan yang lebih mem- berangsangkan kepada guru-guru bagi meningkatkan kepuasan kerja mereka di sekolah dan ini sekali gus akan melonjakkan kecemerlangan pendidikan di peringkat dunia. Kata Kunci: Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), Kepuasan Kerja Guru, Sekolah Kluster, Kelantan ________________________________________________________________________________________________________ * Pensyarah di Jabatan Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Kota Bharu ** Pensyarah di Jabatan Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Kota Bharu *** Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia