Gaji Graduan: Antara Realiti & Skil Bicara Anak Muda |31 Oktober 2021 | Ahad 10.30 pagi – 12.00 tengahari Syed Ahmad Fathi fathi137@gmail.com Pendahuluan ada pandangan saya, kerjaya bukan sahaja merupakan sarana manusia untuk mencari kehidupan. Pekerjaan juga memberi makna kepada kehidupan seseorang. Dengan pekerjaan, seseorang dapat merasakan bahawa dia bermakna untuk masyarakat, ada sumbangannya untuk manusia lain, dan dirinya mempunyai sesebuah kepakaran. Inilah yang diberikan oleh sesebuah pekerjaaan disebalik apa yang sering dibincangkan dalam media dan masyarakat iaitu gaji yang tidak mencukupi. Ya benar, sejak kecil kita diasuh, dalam masyarakat Asia ini, akan sebuah kerjaya yang terpuji, ketika kecil kita didedahkan dengan profesion seperti angkasawan, polis, askar, doktor dan sebagainya. Kita diajar mereka yang mendapat profesion ini duduk di tangga yang terhormat dalam masyarakat. Ibu bapa juga menekankan kepentingan akademik, takut-takut anaknya tidak dapat memanjat status sosial masyarakat dengan profesyen yang baik. Kepentingan Ijazah Dalam Alam Pekerjaan Thomas Friedman dalam bukunya The World is Flat berkata seorang pekerja yang mampu belajar perkara baru akan kekal relevan. Oleh itu, perkara penting yang perlu ada dalam diri graduan adalah kebolehan dan kemampuan untuk beradaptasi, mampu belajar walaupun sudah tamat belajar (bergraduasi). Ini kerana jenis pekerjaan sentiasa berubah. Banyak pekerjaan 10 tahun dahulu telah pupus, dan jenis pekerjaan 10 tahun lagi belum wujud sekarang. 1 Kebanyakan apa yang kita pelajari di universiti, akan out-of-date apabila kita telah bergraduasi. Jika tidak percaya, cuba tanyakan pada mereka-mereka yang sudah bekerja, berapa persen subjek-subjek yang dia pelajari di universiti dia gunakan dalam pekerjaan hariannya? Ijazah merupakan tiket yang membuktikan bahawa seseorang itu mempunyai asas ilmu dan mampu berfikir. Saya berkerja di sebuah syarikat korporat, dan pernah dalam satu sesi townhall, CEO saya bersembang perihal ijazah. Beliau sendiri berkelulusan ijazah dari London School of Economics. Tetapi katanya, dia tidak akan melihat pun pada universiti tempat belajar seseorang bagi mengambil pekerja. Sekiranya dia mempunyai ijazah, baginya itu sudah menjadi bukti dia mampu berfikir. Saya bukanlah bermaksud meremehkan kepentingan ijazah. Bagi saya ijazah itu satu perkara yang sangat baik dan penting bagi manusia bagi mengiktiraf tahap keilmuannya. Tapi saya tidak bersetuju bahawa ijazah itu berkait rapat dengan pekerjaan. Dalam masyarakat kita, kita sering menekankan bahawa universiti perlu melahirkan graduan dengan nilai “kebolehpasaran”, graduan ini dibentuk untuk pasar-pasar, dikilangkan di universiti untuk dipasarkan. Ini saya tidak setuju. Tugas universiti bagi saya untuk memberi ilmu P