Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication Jilid 35(3) 2019: 212-227 E-ISSN: 2289-1528 https://doi.org/10.17576/JKMJC-2019-3503-13 Amalan Keselamatan Siber Pengguna Internet terhadap Buli Siber, Pornografi, E-Mel Phishing dan Pembelian dalam Talian MUHAMMAD ADNAN PITCHAN Universiti Kebangsaan Malaysia SITI ZOBIDAH OMAR AKMAR HAYATI AHMAD GHAZALI Universiti Putra Malaysia ABSTRAK Dunia yang semakin berubah dengan pelbagai isu teknologi tentang keselamatan siber perlu diberi perhatian yang serius. Ancaman siber bukan sahaja menggugat Malaysia malah negara-negara lain juga mengalami masalah yang sama. Bagi mengatasi masalah ini elemen kesedaran dalam kalangan pengguna Internet amat diperlukan. Hal ini kerana dengan kesedaran keselamatan siber yang tinggi kita mampu mengurangkan jenayah siber di dalam negara. Tambahan pula, kesedaran yang tinggi juga turut menentukan amalan yang baik dalam kalangan pengguna Internet. Dalam konteks ini amalan merujuk kepada tindakan pengguna Internet terhadap penyalahgunaan siber. Justeru, kajian ini menerokai pengalaman pengguna Internet terhadap amalan keselamatan siber yang meneliti empat aspek iaitu buli siber, pornografi, e-mel phishing dan pembelian dalam talian. Kajian ini juga memilih pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah kumpulan fokus terhadap 35 orang informan yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan Internet. Hasil kajian menunjukkan rata-rata informan biasa melayari laman pornografi tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Informan juga turut menggunakan beberapa aplikasi Internet untuk melindungi kegiatan mereka daripada diketahui oleh orang lain. Selain itu, informan lebih gemar membeli barangan dalam talian di media sosial seperti Facebook dan Instagram yang mana platform tersebut tidak mempunyai sebarang pengiktirafan bagi tujuan perniagaan. Kata Kunci: Keselamatan siber, buli siber, pornografi, e-mel phishing, pembelian dalam talian. Cyber Security Practice Among Internet Users Towards Cyberbullying, Pornography, Phishing Email and Online Shopping ABSTRACT A changing world with a variety of technology issues on cyber security should be taken seriously. Cyber threats not only threaten Malaysia but other countries as well. To overcome this problem, the element of awareness among Internet users is crucial. This is because with high awareness of cyber security we may reduce the cyber crime in the country. Furthermore, high awareness also establishes good practices among Internet users. In this context practice refers to the actions of Internet users against cyber abuse. Hence, this study explores the experience of Internet users on cyber security practices in which four aspects are studied there i.e., cyber bullying, pornography, phishing emails and online shopping. This study selects qualitative approach using focus group method consisting of 35 informants with