International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics e-ISSN: 2600-7266 Universiti Teknologi MARA, Vol. 4, No. 4, 2020 140 Persepsi Pelajar Bahasa Jepun Terhadap Ujian Lakon Peranan Sebagai Instrumen Penilaian Perception of Japanese Language Students on Role-Play as Assessment Instrument Nur Anisah Tan Abdullah 1 , Norhazlina Husin 2 , Mohd Hassan Awang Boon 3 , Simah Md Noor 4 1,2,3,4 Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor 1 anistan@uitm.edu.my, 2 norha462@uitm.edu.my, 3 mohdh218@uitm.edu.my, 4 simah@uitm.edu.my Article history: Received: 20 November 2020 Accepted: 18 December 2020 Published: 21 December 2020 Abstrak Lakon peranan merupakan satu teknik yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ketiga. Teknik ini bukan hanya dapat membantu mencapai objektif pembelajaran malahan dapat meningkatkan minat dalam kalangan pelajar. Dalam masa yang sama juga, lakon peranan boleh dijadikan sebagai satu daripada instrumen penilaian. Satu kajian kes terhadap 253 orang pelajar yang mengikuti kursus bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga telah dijalankan. Satu set soalan kaji selidik yang terdiri daripada tiga (3) bahagian diberikan kepada pelajar untuk (i) menilai kesediaan pelajar untuk menjalani ujian lakon peranan sebagai instrumen penilaian dalam pengajaran bahasa Jepun, (ii) menilai keberkesanan item yang diuji dalam lakon peranan, dan (iii) memberi peluang kepada pelajar untuk memberi cadangan penambahbaikan terhadap instrumen penilaian yang dijalankan. Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian besar pelajar bersetuju bahawa lakon peranan (i) mampu menguji kemahiran berbahasa pelajar, (ii) meningkatkan kemahiran bertutur, (iii) meningkatkan keyakinan untuk menulis dalam bahasa Jepun, (iv) membolehkan interaksi dalam bahasa Jepun dengan lebih baik, (v) meningkatkan kerjasama sesama ahli kumpulan semasa penyediaan skrip, dan (vi) sesuai dijadikan sebagai instrumen kajian. Hasil kajian juga mendapati bahawa dalam menyediakan skrip lakon peranan (i) pelajar diberi masa yang mencukupi untuk menyediakan skrip dan berlatih, (ii) perbendaharan kata yang diberikan mencukupi untuk membantu pelajar menyediakan skrip lakon peranan, (iii) pensyarah memberikan bimbingan dalam penyediaan skrip lakon peranan, (iv) silabus membantu untuk menyediakan skrip mengikut tema, dan (v) penggunaan aplikasi membantu semasa penyediaan skrip lakonan. Melalui kaji selidik yang dijalankan, pelajar turut memberikan beberapa cadangan penambahbaikan kepada instrumen penilaian ini. Kata kunci: lakon peranan, instrumen penilaian, bahasa Jepun, bahasa ketiga Abstract Role-playing is an effective technique in teaching and learning a third language. This technique does not only help achieve learning objectives but also increase interest among students. At the same time, role-playing can be used as one of the evaluation instruments. A case study on 253 students taking Japanese as a third language course has been conducted. A set of survey questions consisting of three (3) sections is given to students to (i) assess students' readiness to undergo role-playing tests as an assessment instrument in Japanese language teaching, (ii) evaluate the effectiveness of items tested in role-playing and (iii ) provide an opportunity for students to provide suggestions for improvement on the assessment instruments utilized.. The results of the study found that most students agreed that role -playing (i) is able to test students' language skills, (ii) improve speaking skills, (iii) increase confidence to write in Japanese, (iv) enable better interaction in Japanese, (v) enhance cooperation among group members during the preparation of the script, and (vi) is suitable as a research instrument. The results also found that in preparing the role-playing script (i) students are given enough time to prepare the script and practice, (ii) vocabulary given is sufficient to help students prepare the role-playing script, (iii) lecturers provide guidance in preparing the role-playing script, (iv) the syllabus helps to prepare the script according to the theme and (v) the use of the application helps in the preparation of the acting script. Through the survey conducted, students also provided some suggestions for improvement for this assessment instrument. Keywords: role-playing, assessment instrument, Japanese, third language