Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 1 Mengkaji keberkesanan Program Budaya Ilmu “Effective Presentation & Engineering Report Writing” ke atas pelajar. Siti Amely bt Jumaat 1 , Siti Zarina binti Mohd. Muji 2 , Ida Laila Ahmad 3 , Zarina Tukiran 4 , Jamaluddin Jalani 5 , Khalid Isa 6 , Norfaiza Fuad 7 , Masnani Mohamed 8 , Shamsul Mohamad 9 Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. amely@uthm.edu.my 1 , szarina@uthm.edu.my 2 , ida@uthm.edu.my 3 , zarin@uthm.edu.my 4 , jamalj@uthm.edu.my 5 ,halid@uthm.edu.my 6 , norfaiza@uthm.edu.my 7 , masnani@uthm.edu.my 8 , shamsulm@uthm.edu.my 9 Abstrak Kerja kursus merupakan komponen penting dalam penilaian sesuatu matapelajaran kepada para pelajar di institut pengajian tinggi. Penilaian ini akan memberi kesan kepada gred atau keputusan pelajar di akhir setiap semester sepanjang pengajian mereka. Kebiasaannya ia dapat dibahagikan kepada pembentangan tugasan dan penulisan laporan tugasan. Tetapi, kebanyakan pelajar lemah dalam penyediaan bahan-bahan untuk pembentangan serta penulisan laporan kerana mereka kurang diberi pendedahan secara formal oleh pensyarah-pensyarah mereka. Tiada keselarasan antara satu matapelajaran dengan matapelajaran yang lain juga menyumbang kepada permasalahan ini. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini satu program telah dijalankan oleh Program Pembangunan Pelajar, (PROPEMP) Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik bagi melihat kesan positif ke atas diri pelajar selepas program diadakan. Kandungan program seperti Effective Presentation Using Microsoft Power Point serta penyediaan laporan tugasan menggunakan Microsoft Word, Microsoft Equation Editor dan Microsoft Visio. Daripada soal selidik sebelum dan selepas program, didapati pelajar menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menggunakan perisian-perisian yang berkaitan. Ini menunjukkan bahawa kemahiran pelajar boleh ditingkatkan dengan bantuan kursus sebegini. Secara tidak langsung, mereka akan lebih menyedari kepentingan setiap perisian dalam membantu penyediaan pembentangan dan penulisan laporan sekali gus memberi kesan kepada jumlah markah akhir mereka. Kata kunci : Budaya ilmu; kerja kursus, Pembentangan, Penulisan, Laporan 1. Pengenalan Penilaian menerusi kerja kursus untuk sesuatu matapelajaran di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, (FKEE) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bukanlah satu perkara baru. Dilema kebanyakan para-pelajar yang memperolehi keputusan rendah adalah disebabkan mereka memperolehi markah kerja kursus yang rendah. Realitinya, di antara faktor penyumbang keadaan ini adalah disebabkan oleh markah laporan dan tugasan mereka yang rendah dan tidak memuaskan. Masalah ini wujud disebabkan para pelajar membuat pembentangan yang tidak berstruktur, tidak menarik serta tidak menampakkan kesungguhan. Ini ditambah lagi dengan laporan tugasan atau amali yang kurang berkualiti dan tidak mematuhi format kejuruteraan. Justeru itu, kemahiran menggunakan perisian semasa penulisan laporan dan sesi pembentangan yang menarik dan berkesan adalah antara elemen wajib dalam memastikan markah kerja kursus yang tinggi. Jika diteliti, kesemua elemen ini menyumbang kepada kemahiran generik yang sepatutnya dikuasai oleh pada pelajar sebagai hasil pembelajaran mereka di sesebuah universiti. Kepentingannya ditegaskan oleh Lukman (2005), IPTA yang berkualiti mampu melahirkan graduan yang berkualiti bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dari segi kemahiran- kemahiran lain termasuk kepimpinan, kemahiran komunikasi, nilai murni dan sebagainya. Menurut Megat (2007), kemahiran generik berkembang melalui proses semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan. Justeru itu, para pelajar perlulah diberi pendedahan serta dibimbing secara berterusan supaya kemahiran generik ini dapat mereka kuasai secara total.