Asian Journal of Accounting and Governance 11: 123–136 (2019) ISSN 2180-3838 (http://dx.doi.org/10.17576/AJAG-2019-11-11) Faktor-faktor Mempengaruhi Tempoh Penyelesaian Kes Siasatan Cukai di Malaysia: Perspektif Pegawai Pengurusan Atasan LHDNM (Factors Infuencing Tax Investigation Settlement Period in Malaysia: Perspective of IRBM Top Offcers) HELMY MOHD DAUD, ROSIATI RAMLI, ROMLAH JAFFAR & MOHD MOHID RAHMAT ABSTRAK Siasatan cukai adalah tindakan penguatkuasaan bagi mengutip cukai kebelakangan daripada aktiviti pengelakan dan pelarian cukai. Oleh itu penyelesaian sesuatu kes siasatan cukai amat penting dalam memastikan hasil cukai sebenar yang sepatutnya dikutip. Bagaimanapun, kajian lepas mendapati majoriti kes siasatan cukai melibatkan tempoh penyelesaian yang lebih lama daripada yang disarankan dan mengakibatkan kelewatan dalam kutipan cukai kebelakangan. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada tempoh penyelesaian kes siasatan cukai. Kajian ini telah memilih untuk menemubual empat pegawai atasan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menggunakan kaedah temu bual separa struktur bagi mendapat penjelasan yang baik. Hasil menunjukkan empat faktor yang mempengaruhi tempoh penyelesian kes siasatan cukai iaitu kecekapan pegawai LHDNM, strategi penguatkuasaan, penalti cukai, dan teknik siasatan. Hasil kajian juga mendapati bahawa faktor undang-undang cukai tidak mempengaruhi tempoh penyelesaian kes siasatan cukai. Berdasarkan pemerhatian kajian lepas, kajian ini merupakan yang pertama di Malaysia yang menggunakan responden dari kalangan pembuat dasar dan polisi siasatan cukai. Hasil kajian ini dapat membantu orang ramai khususnya pembayar cukai untuk memahami mengapa siasatan cukai mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Kata kunci: Siasatan cukai; Rangka Kerja Siasatan Cukai; tempoh penyelesaian kes siasatan cukai ABSTRACT Tax investigation is an enforcement action to recover back duty tax (overdue tax) from tax avoidance and evasion. Thus, it is very important to settle tax investigation cases to ensure the actual tax collection. However, previous study shows that most tax investigation cases take longer than the suggested time to settle and cause the delay in the collection of the back duty tax. Hence, this study aims to identify the factors that contribute to the settlement period of tax investigation cases. This study chose to interview four Inland Revenue Board of Malaysia (IRBM) top offcers using a semi-structured interview method in order to get good explanation. The fnding showed there are four factors that contribute to the the settlement period of tax investigation cases, which are the competency of IRBM offcers, enforcement strategies, tax penalties, and investigation techniques. The fnding also revealed that the tax law factor did not affect the settlement period of tax investigation cases. Based on review of past study, this study is the frst in Malaysia that utilized respondents among the tax investigation policymakers. The result of this study would help the public in particular the taxpayers to understand why tax investigation takes long time to settle. Keywords: Tax investigation; Tax Investigation Framework; settlement period of tax investigation cases PENGENALAN Pentadbir cukai di beberapa negara seperti United Kingdom, China dan Australia mengakui siasatan cukai memainkan peranan yang penting di dalam meningkatkan tahap pematuhan cukai dan membendung pengelakan cukai yang serius. Bagi pentadbir cukai ‘Her Majesty’s Revenue and Customs’ (HMRC), siasatan cukai telah dilaksanakan secara sivil dan jenayah yang masing-masing mempunyai tanggungjawab mengenalpasti pengelakan dan penipuan cukai dan serta mendakwa pengelak cukai di mahkamah (National Audit Offce 2010). Di China, pihak siasatan cukai juga menggalas tanggungjawab untuk menyiasat pengelak cukai bagi melindungi kerajaan daripada kehilangan hasil (Chan et al. 2013). Bagi negara Australia pula, ‘Project Wickenby’ yang diwujudkan pada tahun 2006 merupakan tugas siasatan khas yang penting dengan penglibatan pelbagai agensi bagi melaksanakan seluruh bidang kuasa untuk membendung, mengenalpasti, pengauditan, penyiasatan dan pendakwaan terhadap semua pihak yang terlibat di dalam penyalahgunaan skim ‘tax haven’ (OECD 2012). Melalui Hasrat Strategik LHDNM 2016-2020, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah berazam Book 1.indb 123 10/17/19 10:08 AM