HASLIFAH Mohamad Hasim University of Essex United Kingdom IQTIYANI ULFA Mohd Azamee Jabatan Perangkaan Malaysia SEJARAH DAN EVOLUSI PROFESION AKTUARI THE HISTORY AND EVOLUTION OF THE ACTUARIAL PROFESSION Penulisan ini membentangkan sejarah dan evolusi profesion aktuari. Di zaman Empayar Rom Purba, gelaran aktuarius diberikan kepada setiausaha Senat Rom yang bertanggungjawab dalam menyusun minit perbincangan dan keputusan yang dibuat di dalam Acta Senatus. Selain daripada tugas aktuarius sebagai setiausaha Senat Rom, jawatan aktuarius juga merujuk kepada pegawai Empayar Rom yang menguruskan rekod harian kerajaan dan mewartakannya di dalam Acta Diurna. Masa berlalu dan peranan aktuarius terus berkembang sehingga ke zaman Empayar Rom Timur dimana aktuarius turut terlibat dalam pengagihan gaji kepada tentera-tentera Rom dan menguruskan peruntukan ketenteraan. Gelaran aktuari yang diambil daripada perkataan aktuarius dihidupkan kembali di sekitar abad ke-18 oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif bagi merujuk kepada jawatan beliau sebagai ahli matematik dalam sebuah syarikat insurans hayat. Seterusnya ilmu aktuari terus berkembang dan diperlukan dalam pelbagai bidang termasuk insurans am, pencen dan keselamatan sosial, pelaburan, dan ekonomi kewangan moden. Penulisan ini juga meneroka sejarah dan perkembangan profesion aktuari di Malaysia, sebelum dan selepas kemerdekaan. Kata kunci: Aktuari, Empayar Rom, insurans This article presents the history and evolution of the actuarial profession. In Ancient Roman Empire, the title actuarius was given to the secretary of the Senate, responsible for compiling the Acta Senatus. In addition to duties as a secretary of the Senate, actuarius also refers to the Roman Empire’s offcials who manage the daily record of the government for publication in the Acta Diurna. As time passed, the role of the actuarius continued to expand until the Eastern Roman Empire where actuarius was also involved with the distribution of wages and provisions to the Roman military. In the 18 th century, the term actuary which was derived from the Latin Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 43 (2) (December 2016): 124-142 @ School of History, Politics & Strategy, UKM; ISSN 2180-0251 (electronic), 0126-5644 (paper) Jebat Volume 43 (2) (December 2016) Page | 124