© 2020 Sains Insani Sains Insani eISSN: [0127-7871] Pemikiran Awang Sariyan Terhadap Konsep Al-Falah dalam Akal Budi Melayu The Thought of Awang Sariyan on the Al-Falah Concept in Malay Wisdom Zainora Daud 1 & Mashitah Sulaiman 2 1 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia 2 Pusat Pengajian Teras & Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Islam Sains Islam Malaysia Article progress Accepted: 1 April 2020 Reviewed: 30 June 2020 Published: 30 November 2020 *Corresponding author: Zainora Daud Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia Email: zainora@usim.edu.my Abstrak: Pengertian al-falah dalam surah al-Mukminun menggarapkan ciri-ciri mukmin cemerlang ialah yang memiliki kekhusyukan dalam solat, menjauhkan perkara-perkara yang melalaikan, menunaikan zakat, menjaga maruah serta kehormatan, memelihara solat, menunaikan tanggungjawab dan sebagainya. Ini bermakna al-falah dalam konteks sebenar ialah mukmin yang melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya untuk mendapat keseimbangan al- falah di dunia dan akhirat. Begitu juga konsep al-falah juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan setiap individu Muslim. Apakah pemahaman sebenar konsep al-falah dalam akal budi Melayu? Oleh yang demikian, artikel ini hanya mengupas tentang konsep al-falah dalam akal budi Melayu dari perspektif golongan kelas menengah Melayu profesional menerusi pemikiran Awang Sariyan, sebagai seorang tokoh bahasa Melayu dan Kesusasteraan. Artikel ini memfokuskan dari aspek definisi al-falah, faktor-faktor yang menyumbang kepada al-falah dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mencapai al-falah. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif menerusi analisis tematik dengan penggunaan instrumen temubual. Hasil kajian menunjukkan bahawa definisi al-falah merangkumi kejayaan seimbang, pengorbanan, secara berjemaah, kepuasan diri dan interaksi antara tokoh-tokoh sarjana. Dua elemen penting dalam menghargai konsep al-falah dalam akal budi Melayu ialah kejayaan perlu dikongsi dan istiqamah serta elemen kepuasasan diri adalah alat untuk mengukur hasil al-falah. Ibu bapa, guru dan cita-cita, pendidikan jiwa dan program keagamaan merupakan faktor-faktor terpenting al-falah. Manakala cabaran-cabaran dalam mencapai al-falah ialah kemiskinan, motivasi guru, keselesaan hidup, bekerjasama dalam pasukan, lari dari sistem Islam dan kembali kepada ajaran Islam. Kesimpulannya, pendekatan al-falah yang diamalkan terhadap akal budi Melayu ini memberikan satu kesan positif yang sangat baik dalam konteks kehidupan dunia dan akhirat, diharap konsep al-falah ini dapat dikembangkan dan diadaptasi dalam bentuk modul dan pelan tindakan pembangunan sahsiah dan peribadi Melayu Islam. Kata kunci: Pemikiran, al-falah, Akal budi, Melayu Profesional, Awang Sariyan Abstract: The meaning of al-falah in surah al-Mukminun is to work on the characteristics of an excellent believer who has devotion in prayer, avoids things that are neglected, pays zakat, maintains dignity and honor, maintains prayers, fulfills responsibilities and so on. This means that al-falah in the real context is a believer who implements all the commands of Allah and avoids all of His prohibitions to get the balance of al-falah in this world and the hereafter. Similarly, the concept of al-falah also plays an important role in the life of every Muslim individual. Is the understanding