Journal of Hospitality and Networks Jurnal Hospitaliti dan Jaringan Volume 1 2019: 71-76 71 MENANGANI ISU KEBERGANTUNGAN YANG TINGGI TERHADAP PEKERJA ASING MELALUI PELABURAN SUMBER MANUSIA: ULASAN KARYA Rozila Bt Ahmad, Che Su Bt Mustaffa, Nurhazani Bt Mohd Shariff, Noor Azimin Bt Zainol, Jasmine Zea Raziah Radha Bt Rashid Radha & Roshita Bt Abdul Razak Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah rozila@uum.edu.my ABSTRAK Banyak hotel telah menggaji buruh asing disebabkan kekurangan buruh dan peningkatan kos buruh. Namun begitu, beberapa hotel lima-bintang terus menggaji pekerja tempatan. Walaupun buruh asing membantu mengisi kekosongan jawatan yang tidak diingini, kebanjiran buruh asing membahayakan ekonomi, ketenteraman sosial, keamanan negara dan kestabilan politik di Malaysia. Makalah ini mengulas karya mengenai tenaga kerja asing, pelaburan modal insan dan ganjaran. Kajian lepas mendapati bahawa latihan kemahiran kerja yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik dapat meningkatkan keuntungan korporat dan nilai saham kerana peningkatan modal insan dapat meningkatkan kepuasan pelanggan. Modal insan boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan, pengalaman, kecekapan profesional dan keupayaan kognitif pekerja. Pelaburan untuk meningkatkan modal insan adalah penting kepada firma perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan tersuai, dan bersaing berdasarkan perkhidmatan. Untuk menjamin pelaburan mereka, hotel mewah menyediakan pelan ganjaran berkesan yang turut memastikan ekuiti dalaman dan luaran. Kata kunci: Pelaburan Sumber Manusia, Modal Insan, Latihan, Ganjaran, Hotel ADDRESSING THE ISSUE OF HIGH DEPENDENCE ON FOREIGN LABOURS THROUGH HUMAN RESOURCE INVESTMENT: A LITERATURE REVIEW Rozila Bt Ahmad, Che Su Bt Mustaffa, Nurhazani Bt Mohd Shariff, Noor Azimin Bt Zainol, Jasmine Zea Raziah Radha Bt Rashid Radha & Roshita Bt Abdul Razak School of Tourism, Hospitality and Event Management, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah rozila@uum.edu.my ABSTRACT Due to labour shortages and increasing labour cost, many hotels have employed foreign labour. However, some five-star hotels continue to employ the local workers. Although the employment of foreign labour helps to fill job vacancies, the over flooding of foreign labour is detrimental to Malaysia’s economy, social tranquillity, national peace and political stability. This paper reviews articles on foreign labours, human capital investment and compensation. Past studies found that a well-designed and implementation of job-skill training improves corporate profits and create shareholder’s value as increased human capital leads to customer satisfaction. Human capital refers to employee’s knowledge, experience, professional competency and cognitive ability. High investment in human capital is essential to service firms that provide customize service and seek to compete based on their services. To secure their investment, luxury hotels provide an effective compensation plan that includes internal and external equity. Keywords: Human resource investment, Human capital, Training, Compensation, Hotel