JQSS-76 JQSS Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs Vol. 4 (2) December 2020, no. e-ISSN 2590-3799 Aplikasi Pengajian Hadith Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia: Tumpuan Terhadap Pembelajaran Murid Sekolah Kebangsaan (Application of Hadith Studies Among Malaysian Society: A Focus on the Learning of Primary School Students) Amran Abdul Halim Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia Email: amranabdulhalim@usim.edu.my Abdulloh Salaeh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia Email: abdulloh@usim.edu.my Shumsudin Yabi Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia Email: shumsudin@usim.edu.my Norazmi Anas ACIS, Universiti Teknologi MARA Cawangan Tapah Email: ustazazmi@gmail.com Muhammad Arif bin Yahya Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Email: arifyahya@ukm.edu.my Mesbahul Hoque Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia Email: mesbahul@usim.edu.my Norakyairee Mohd Raus Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia Email: norakyairee@usim.edu.my Abstrak Penulisan artikel ini adalah bertujuan mengaplikasikan pengajian hadith kepada murid-murid sekolah kebangsaan di Malaysia. Metod penulisan dalam artikel ini adalah kualitatif dan pendekatan kajian perpustakaan iaitu penulis meneliti hadith-hadith dari Sahih Bukhari untuk dijadikan bahan bantu pengajaran kepada murid-murid di sekolah kebangsaan dan juga melihat kepada kandungan hadith dalam buku teks Pendidikan Islam sekolah kebangsaan. Penulis memilih hadith dari kitab al-Iman iaitu berkenaan peranan atau tanggungjawab seseorang muslim terhadap muslim yang lain dengan menjaga anggota lidah dan tangannya dan juga berkaitan kelebihan solat berjemaah dalam Kitab al-Solat. Manakala dari sudut metod atau kaedah pengajaran pula adalah berpusatkan guru dan pelajar, penulis telah menggunakan perisian Microsoft Powerpoint sebagai alat atau bahan bantu mengajar (BBM) untuk murid sekolah kebangsaan berdasarkan topik berkaitan hadith tersebut. Keistimewaan bahan bantu pengajaran ini ialah murid boleh melihat berulang kali di rumah dan mengulangkajinya bagi memantapkan kefahaman mereka terhadap sesuatu hadith dan mengaplikasikan dalam kehidupan mereka. Murid juga dapat berkongsi bahan tersebut dengan rakan mereka daripada sekolah lain. Diharapkan melalui alat atau bahan bantu mengajar (ABM) yang dihasilkan dapat memberi kesedaran kepada Article Progress Received: 27 October 2020 Revised: 11 November 2020 Accepted: 25 November 2020