Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan 25-26 September 2010 53 MENGINTEGRASIKAN KEJURUTERAAN DENGAN KEUSAHAWANAN DALAM PENDIDIKAN : RITORIK ATAU REALITI Abdul Talib Bon Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ABSTRAK Kajian untuk melihat bagaimana untuk mengintegrasikan bidang pendidikan kejuruteraan dan keusahawanan dibincangkan dalam artikel ini. Beberapa sampel universiti telah diambil dan diteliti berkaitan dengan integrasi ini yang berada dipersimpangan samada ianya ritorik atau realiti. Kecenderungan kepada keusahawanan menjadi faktor dalam integrasi ini di mana ianya dirujuk kepada hasil kajian daripada beberapa buah negara. Hasil penelitian ini diperolehi bahawa integrasi kedua-dua bidang ini boleh dicapai dengan kesungguhan dan iltizam daripada pihak universiti dan disokong oleh kerajaan sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh negara-negara maju yang lain. Pengenalan Dalam membincangan isu berkaitan bagaimana untuk mengintegrasikan dalam pendidikan bidang kejuruteraan dan keusahawanan banyak pandangan dan pendapat yang telah dibangkitkan. Walaupun begitu isu ini bukan sesuatu yang baru dalam era perkembangan pendidikan hari ini. Ada pendapat yang mengatakan bahawa mengintegrasikan dua bidang ini sesuatu yang yang ritorik, sebaliknya ada dapatan yang mengatakan ianya boleh direalisasikan. Sebagai contoh disini, The Pennsylvania State University menawarkan program Keusahawanan Kejuruteraan (E-SHIP) yang membawa 18 jam kredit mengabungkan elemen teknologi dan perniagaan untuk melahirkan usahawan dan innovator. E-SHIP menunjukkan bahawa pelajar mampu menggunakan kemahiran unik bagi melahirkan inovator dalam dunia perniagaan hari ini. Program multidisplin ini menyokong keusahawanan kejuruteraan untuk semua pelajar, terutama mereka dalam pengkhususan dalam kejuruteraan, perniagaan dan Teknologi dan Sains Maklumat. Sementara itu, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) telah menawarkan dua program iaitu Keusahawanan Kejuruteraan dan Perniagaan Antarabangsa dimana telah mendapat sambutan daripada pelajar antarabangsa iaitu dari Yemen, China dan Indonesia. Semasa penubuhan pusat berkenaan, ia menerima seramai 169 pelajar sulung di Pengajian Perniagaan Antarabangsa dan 136 pelajar di Pengajian Keusahawanan Kejuruteraan adalah seramai 136 orang. Namun pada kemasukan 2010/2011 baru-baru ini, Unimap telah menerima sebanyak 144 pelajar Pengajian Perniagaan Antarabangsa dan 159 pelajar untuk Pengajian Keusahawanan Kejuruteraan. Dengan pelancaran pusat pengajian itu menjadikan jumlah keseluruhan pusat pengajian di Unimap setakat ini sebanyak sembilan buah dan PPIPT ini merupakan satu-satunya pusat pengajian yang menawarkan dua kursus bukan dalam bidang kejuruteraan iaitu Perniagaan Antarabangsa dan Keusahawanan Kejuruteraan. Pusat berkenaan bertujuan untuk membentuk pelajar yang tidak bergantung kepada konsep makan gaji semata-mata berikutan kadar pengangguran yang semakin meningkat akibat daripada kelembapan aktiviti ekonomi negara. Kehadiran pelajar-pelajar antarabangsa ini secara tidak langsung membuktikan Unimap telah dalam mendokong aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi untuk mewujudkan persekitaran antarabangsa di kampus selain menjadi saingan kepada pelajar tempatan bersaing di arena akademik dalam membuktikan kecemerlangan diri masing-masing. Unimap turut mempertingkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta sama ada dalam dan luar negara. Program keusahawanan ini bukan sahaja mendatangkan kelebihan kepada pelajar, malah ia juga meningkatkan kompetensi para pensyarah dan staf sokongan di setiap universiti. Walaubagaimanapun, pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pula dibekalkan dengan kemahiran pengurusan kejuruteraan dan keusahawanan serta Etika Kejuruteraan. Semua pelajar turut diwajibkan mengikuti kursus-kursus kemahiran komunikasi, ko-kurikulum dan pembangunan sahsiah bagi melahirkan graduan yang bersahsiah tinggi. Diperingkat pengajian di politeknik pula penubuhan Kiosk Keusahawanan Politeknik Seberang Perai pula memberi pendedahan tentang asas-asas keusahawanan. Ini termasuk kemahiran pengurusan kiosk seperti