MALIM – Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara – Vol 16: 51-59 Available online at http://ejournals.ukm.my/malim ISSN Print: ISSN 1511-8393 and ISSN Online: E-ISSN 2289-5183 https://doi.org/10.17576/malim-2015-1601-04 © Pusat Citra Universiti, UKM Bangi indexed in MyCITE. 51 Dari Pengajian Umum ke Pendidikan Citra: Pengalaman Universiti Kebangsaan Malaysia (From General Studies to Liberal Education: Experience in Universiti Kebangsaan Malaysia) NAZRI MUSLIM Pusat Citra Universiti Universiti Kebangsaan Malaysia nazrimuslim@yahoo.com ABSTRAK Pengajian Umum di UKM bermula seiring dengan penubuhan UKM pada tahun 1970 dengan memperkenalkan kursus Sejarah Sains kepada semua pelajar. Selepas itu, kursus Sejarah Sains ditukar kepada kursus Sains Umum dan diikuti dengan kursus Kenegaraan Malaysia. Bermula tahun 1982, kursus Kenegaraan Malaysia telah ditukarkan kepada Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Pengajian Umum pada ketika itu bertujuan membina pelajar yang bersahsiah, mempunyai pengetahuan yang luas dan bersifat komplimentari. Di antara tahun 1998 hingga 2011, kursus-kursus pengajian umum dikategorikan kepada tiga kategori utama iaitu U1 - Penghayatan Nilai-Nilai Mulia dan Sejarah; U2 – Kemahiran Berfikir, Berkomunikasi dan Berorganisasi; U3 – Keluasan Ilmu Pengetahuan. Jumlah kursus dalam kategori U2 dan U3 khususnya telah bertambah dari tahun ke tahun. Namun, apabila penstrukturan semula kursus-kursus pengajian umum dijalankan pada tahun 2011 selari dengan perkembangan pesat dalam dunia kebolehpasaran (employability) pelajar,, Pengajian Umum ditransformasi dan diinovasikan kepada pendidikan Citra. Pendidikan Citra adalah pendekatan pembelajaran yang lebih luas dan lestari dari Pengajian Umum. Oleh itu, Pendidikan Citra membawa pengertian bahawa pelajar bukan sahaja mengkhusus dalam sesuatu bidang pengajian tetapi juga mempunyai elemen keluasan ilmu pengetahuan di samping bertujuan membantu pelajar meluaskan ilmu pengetahuan di luar bidang pengkhususan khususnya sains, teknologi dan kelestarian, membina kompetensi dan kemahiran sosial, intelektual dan praktikal dalam kehidupan seharian. Maka, makalah ini akan membincangkan transformasi dan inovasi dalam penstrukturan semula pengajian umum di Malaysia khususnya di UKM. Kata kunci: Pendidikan Citra, Pengajian Umum, UKM, perluasan ilmu, transformasi ABSTRACT General Studies in UKM began in tandem with the establishment of UKM in 1970 by introducing the History of Science course to all students. Subsequently, the History of Science course was changed to the General Science course and followed by the Malaysian Nationhood Studies course. Beginning in 1982, the Malaysian Nationhood Studies course was changed to the Islamic Civilization and Asian Civilization Course. General Studies at that time was aimed at molding students to have a highly sought-after personality while possessing a broad spectrum of complementary-based knowledge. Between 1998 and 2011, courses under General Studies were categorized into three main domains, namely U1 - Appreciation of Good Values and History; U2 - Thinking, Communicating and Organizing Skills; U3 – Breadth of Knowledge. The number of courses in the U2 and U3 categories has been increasing year by year. However, when the restructuring of general studies courses was made in 2011, in line with the rapid development of the students' employability, General Studies was transformed into Citra Education (Liberal Education). Citra Education is a wider and more sustainable learning approach as compared to General Studies. Therefore, Citra Education carries the meaning that the students not only specialize in a field of their studies but are also expected to possess a breadth of diverse knowledge other than their specialized fields such as science, technology and sustainability, developing competence and social, intellectual, and practical skills in everyday life. Hence, this paper will discuss the transformation and innovation in the restructuring of general studies in Malaysia, particularly in UKM.