111
Geograf Vol. 2 No.1 (April 2014), 111 - 119
© Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris 2014
Transformasi Bandar Kecil di Wilayah Selatan Perak: Beberapa
Penemuan di Tanjong Malim
Transformation of small towns in the Southern Perak Region: Some finding in Tanjong
Malim
Yazid Saleh, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan & Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah
Kumpulan Penyelidik Impak Pembangunan dan Persekitaran, Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains
Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
emel: yazid@fsk.upsi.edu.my
Abstrak
Artikel ini bertujuan untuk menganalisis perubahan yang berlaku di Tanjong Malim akibat proses
transformasi yang berlaku. Umumnya, Tanjong Malim ialah sebuah bandar kecil yang terletak
di bahagian selatan negeri Perak. Ia terletak di luar wilayah pembangunan utama (Wilayah
Metropolitan Lembah Klang-Langat dan Wilayah Metropolitan Kinta). Walaupun terletak di
luar wilayah pembangunan utama, namun kewujudan dua institusi utama iaitu pendidikan
tinggi dan perindustrian menjadikan proses transformasi di bandar ini menarik untuk dikaji.
Menggunakan data sekunder dan primer yang diperolehi melalui cerapan di lapangan, terdapat
tiga penemuan yang utama diperolehi iaitu (1) berlakunya keunggulan penawaran fungsi
ekonomi (2) kemelesetan peranan tradisional bandar kecil dan (3) pengukuhan asas ekonomi
yang bukan berasaskan pertanian. Penemuan-penemuan ini merupakan petunjuk asas bahawa
sebagai sebuah bandar kecil, Tanjong Malim kini sedang berada di landasan yang betul dalam
proses transformasi bagi pembangunannya di masa hadapan.
Kata kunci: Desa-Bandar, Perubahan, Pembangunan
Abstract
This article aims to analyze the changes in Tanjong Malim due transformation process. In
general, Tanjong Malim is a small town located in the southern part of the Perak state. It is
located outside the main development region (Langat- Metropolitan Region and the Klang
Valley Kinta Metropolitan Region). Although located outside the main development region,
the existence of two major institutions of higher learning and industries to make the process
of transformation of the cities are interesting to explore. Using secondary and primary data
obtained through observations in the field, there are three main findings obtained through (1)
the occurrence of the economic benefits of the supply function (2) the traditional roles of the
small town of recession and (3) strengthening the economic base of the non- agricultural. These