SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN BANDAR-BANDAR MELAYU oleh Ezrin Arbi dan Roslan Talib Pengenalan Pada amnya bandar berasal daripada kampung, oleh itu sebarang perbincangan mengenai bandar awal Melayu sewajarnya didahului dengan tinjauan ringkas mengenai kampung-kampung Melayu sebagai bentuk pertempatan paling awal. Dalam kertas ringkas ini tumpuan akan diberi kepada perkembangan bandar di Semenanjung, namun ia akan dilihat dalam kontek kepulauan Melayu atau Nusantara. KAMPUNG-KAMPUNG PALING AWAL Menurut para sejarawan pada masa menjelang permulaan sejarah, di sepanjang dataran pantai dan tepi- tepi sungai Semenanjung tersebar tempat-tempat berbentuk kampung yang didiami oleh pelaut dan petani. Pada masa sungai merupakan satu-satunya cara perhubungan dan pengangkutan ke kawasan pendalaman; manakala muaranya menjadi tempat yang sesuai untuk bermukim. Malah bandar-bandar besar sedia ada seperti Melaka, Kota Bharu, Kuala Trengganu. Kota Kinabalu dan Kuching pada awalnya adalah pertempatan tepi sungai (Chen:1988). Dataran-dataran yang cukup luas dan mudah diairi seperti di bahagian utara ,mereka menanam padi di sawah-sawah. Walau bagaimanapun di sebahagian besar kawasan Semenanjung, pertanian masih diamalkan secara berpindah-randah; padi ditanam di ladang- Iadang yang merupakan tompok-tompok hutan yang sudah ditebas. Pada dasarnya tiap-tiap kampung merupakan unit lengkap yang berdiri sendiri. Namun demikian dengan berkembangnya perdagangan, kampung-kampung yang menduduki tempat strategik seperti di muara sungai, telah tumbuh menjadi pelabuhan-pelabuhan niaga( lambat laun menjadi ibu kota negeri-negeri keil. Boleh dikatakan bahawa orang Melayu telah mulai mengembangkan sistem pemerintahan yang menggambungkan masyarakat di peringkat antara kampung. Sebelum mengikuti ubah ansur kampung-kampung itu menjadi pusat-pusat bandar, baiklah kita tinjau pendapat Mumford (1966) tentang kampung dan bandaraya. Beliau menganggap bahawa struktur embrio bandaraya telah wujud dalam kampung-kampung dan bahawa bandaraya secara teknik berasal daripada kampung. Setelah menganalisa perkembangan bandaraya-bandaraya di dunia barat, beliau menarik kesimpulan bahawa agen paling penting yang merubah ekonomi kampung yang berselerak menjadi suatu ekonomi bandar yang cukup teratur ialah 'raja' atau tepatnya institusi kerajaan. Hal ini ternyata berlaku juga di Semenanjung, seperti yang akan kita lihat di bawah nanti. Elok juga disentuh di sini, pengaruh kosmologi terhadap alambina di kepulauan Melayu sebelum kedatangan Islam. Menurut Waterson (1991), walaupun tiap-tiap suku bangsa mempunyai konsep kosmologi aslinya masing-masing, terdapat satu unsur bersama yang menonjol, iaitu konsep osmos berlapis tiga: alam atas yang dianggap suci tempat bersemayam para dewa; alam tengah tempat manusia hidup; manakala alambawah adalah untuk haiwan dan makhluk rendahan lainnya. Menurut beliau pembinaan struktur rumah-rumah tradisional yang juga terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kolong, badan rumah dan bumbung merujuk kepada pencerminan kosmos berlapis tiga tersebut. Pengaruh kosmos Hindu yang terlihat pada pola 4/5, misalnya kampong asli yang berbentuk empat segi mempunyai empat pagar dan empat pintu serta satu pusat kampung; manakala rumah pula mempunyai empat tiang bucu dan satu tiang pusat seperti pada setengah rumah asli di Nusantara. Semuanya ini selari dengan kepereayaan bahawa bumi ini sendiri disokong oleh 5 buah tiang; tiang utama terletak di tengah-tengah dan empat tiang pada penjuru-penjuru bumi. Di samping itu rumah-rumah serta pertempatan tradisional biasanya tertakluk kepada berbagai-bagai peraturan orientasi. Yang sangat lazim diikuti ialah ciri rupa geografi, seperti pertentangan antara gunung dan laut di Bali, atau pertentangan antara hulu dan muara sungai di kalangan masyarakat Ngaju, Ringkasnya, kaedah kosmik dalam menentukan kedudukan serta susunatur sesebuah pertempatan itu tidak lari daripada kepercayaan betapa pentingnya unsur air atau laut dengan unsure bukit atau gunung (tanah tinggi). Malah orang Melayu ' menggabungkan perkataan “tanah" dan "air" untuk menggambarkan konsep nusa atau watan. Hubungkait antara gunung dan air (Iaut) begitu penting sehingga menjadi paksi