Jurnal Kesidang Journal of Kesidang Volume 3 2018: 92-105 92 TOKOH LAGENDA WAYANG KULIT KELANTAN Rosnani Md Zain Zulkifli Mohamad Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi Universiti Putra Malaysia Abstrak Makalah ini merupakan biografi mengenai tokoh wayang kulit Kelantan iaitu Yusoff Mamat atau lebih dikenali sebagai Pak Soh.Makalah ini dihasilkan bertitik tolak daripada kajian-kajian lepas yang kurang memberi pendedahan terhadap ketokohan tok dalang. Kebanyakan pengkaji lebih berminat untuk mengentahui unsur dalaman wayang kulit sahaja. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tentang latar belakang Pak Soh sebagai tokoh wayang kulit Kelantan. Kedua, menghuraikan sumbangan Pak Soh kepada masyarakat dan negara dalam memperjuangkan wayang kulit Kelantan sebagai warisan seni budaya. Oleh yang demikian untuk mencapai kedua-dua objektif kajian yang telah digariskan, pengkaji telah menggunakan kaedah temubual dengan Pak Soh. Segala maklumat yang diperolehi adalah hasil daripada temubual tersebut.Makalah ini berkisar mengenai kepada latar belakang, keistmewaan dan sumbangan beliau dalam kesenian wayang kulit. Selepas ini pengkaji akan menggunakan nama Pak Soh dalam kajian. Kata kunci: Wayang kulit, Pak Soh, latar belakang, keistimewaan, sumbangan LEGEND FIGURE OF KELANTAN PUPPET SHOW Abstract This paper is a about biography of the Kelantan puppet show, Yusoff Mamat, better known as Pak Soh. This paper is derived from previous studies which have less exposure to the figure master puppeter. Most researchers are more keen to know the interior of the wayang kulit only. In view of this, the objective of this study is to study the background of Pak Soh as Kelantan puppet figure. Secondly, elaborate Pak Soh's contributions to the people and countries in fighting Kelantan puppets as a cultural heritage. Therefore, to achieve the two objectives of the study, the researcher used the interview method with Pak Soh. All the information obtained is the result of the interview. This question revolves around his background, his privileges and contributions in the art of wayang kulit. Next, the researcher will use the nickname, Pak Soh in the study. Keywords: Shadow puppets, Pak Soh, background, specialitis, contributions. PENGENALAN Wayang kulit dapat dikategorikan sebagai teater tradisional. Teater tradisional bersifat tradisi lisan, iaitu proses pembelajarannya diterima dari mulut ke mulut atau lebih tepat diperturunkan dari generasi ke generasi yang lain.Wayang kulit juga adalah salah satu bentuk seni persembahan yang terdapat bukan sahaja di Malaysia, Thailand, China malah di seluruh Asia Tenggara. Pelbagai pendapat yang telah dikemukakan tentang asal-usul wayang kulit. Rata-rata berpendapat bahawa wayang kulit telah wujud di Indonesia sejak beberapa kurun lalu dan dibawa dari India serentak dengan proses penyebaran agama Hindu. (Ainu Sham Ramli, 1996:1). Walau di mana asal-usulnya,