© 2015, ISSN 2180-2491
GEOGRAFIA Online
TM
Malaysian Journal of Society and Space 11 issue 1 (124 - 134) 124
Jenayah dan agenda pembangunan di Malaysia: Satu tinjauan
Nor-Ina Kanyo
1
, Norizan Hj Md Nor
2
, Ruslan Rainis
2
, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman
3
, Norita Jubit
1
1
Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan (UPEP), Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Beg
Berkunci 2073, 88400 Kota Kinabalu, Sabah,
2
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang,
3
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Beg Berkunci 2073, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Correpondence: Nor-Ina Kanyo (email: norina03@gmail.com, norina@ums.edu.my)
Abstrak
Era kepesatan perbandaran dan pembangunan di Malaysia kini membawa kepada peningkatan pelakuan jenayah
yang cukup membimbangkan sehingga mewujudkan rasa tidak selamat masyarakat awam keseluruhannya. Artikel
ini membicarakan pendekatan ‘membasmi jenayah menerusi agenda pembangunan’ kerajaan Malaysia. Tinjauan ini
mendapati strategi mengurangkan jenayah ialah mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup
dengan membangunkan kawasan kediaman berdaya maju dan menarik, membangunkan sistem pengangkutan awam
yang mengutamakan rakyat, mentransformasi penjagaan kesihatan, menyediakan akses kepada perumahan yang
berkualiti dan mampu milik, menyediakan utiliti dan perkhidmatan awam yang lebih cekap, menjadikan jalan dan
masyarakat lebih selamat, dan melindungi khazanah alam sekitar. Hasil daripada pendekatan ini Malaysia telah
berjaya mengurangan jenayah sebanyak 15 peratus bagi indeks jenayah dan 35 peratus bagi jenayah jalanan iaitu
melebihi masing-masing sasaran 5 peratus dan 20 peratus yang ditetapkan bagi 2010.
Katakunci: agenda pembangunan, jenayah, kesejahteraan sosial, keselamatan sosial, kualiti hidup, persekitaran
kondusif
Crime and Malaysia’s development agenda: An overview
Abstract
Rapid urbanization and development are threatening social well-being and social safety with rising crimes. This
article overviews the Malaysian government’s approach of ‘crime eradication through social development’ .The
overview found that the core strategy of this approach was to reduce cimes by fostering an environment that was
conducive to the enhancement of the quality of social life through the development of attractive and secure
residential areas, the development of people-friendly public transportation system, the transformation of healthcare,
the provision of access to quality and affordable housing, the provision of more reliable public utilities and
amenities, the enhancement of road and neighbourhood security, and the protection of environmental heritage. The
result of this strategic approach was Malaysia’s success in reducing by 15 per cent its general Crime Index, and by
35 percent its street crime index both exceeding the respective targets of 5 and 20 per cent set for 2010.
Keywords: conducive environment, crimes, development agenda, quality of life, social safety, social well being
Pengenalan
Permasalahan jenayah merupakan antara masalah sosial yang menunjukkan peningkatan di kebanyakan
bandar di dunia termasuk Malaysia. Peningkatannya adalah membimbangkan dan mendapat perhatian