Journal of Quality Measurement and Analysis JQMA 14(2) 2018, 1-10 Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis NETWORK DATA ENVELOPMENT ANALYSIS AS INSTRUMENT FOR EVALUATING WATER UTILITIES’ PERFORMANCE (Analisis Pengumpulan Data Rangkaian sebagai Instrumen untuk Mengukur Prestasi Utiliti Air) NORBAIZURA KAMARUDIN 1 , WAN ROSMANIRA ISMAIL 2 & MUHAMMAD AZRI MOHD 1 ABSTRACT Measuring the water sector performance is essential in improving the quality of water supply services. Commonly, many countries have used performance indicators to benchmark the efficiency and effectiveness of their water management. One of the important performance indicators in determining the efficiency of water utility is to look at their ability to reduce the Non-Revenue Water level or more commonly known as NRW. The percentage of NRW indicates the level of water leakage experienced and can also be classified as undesirable output in the water supply system. On the other hand, Data Envelopment Analysis (DEA) has been widely applied as the instrument to measure water sector performance, but only as a single process or so-called black-box analysis. Since the production of water supply services can be expressed as a two-stage network process, this study attempts to use the Network Data Envelopment Analysis (NDEA) to measure water sector performance. One of DEA model variations is Slack-based Measure (SBM) model, where is subsequently been expanded to the network structure (Network Slack-based Measure, NSBM). This study was undertaken to apply the NSBM model incorporating the undesirable outputs to measure the efficiency, then, proposed as a new performance indicator and can also be used for the benchmarking of the water utilities specifically for Malaysian water industry. From this study, not only the overall performance of each water utility, but also which process should be the focus for those inefficient water utilities can be determined. Keywords: network data envelopment analysis; performance measurement; undesirable output; water utilities ABSTRAK Pengukuran prestasi sektor air adalah penting bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air. Biasanya, kebanyakan negara menggunakan penunjuk prestasi untuk menanda aras kecekapan dan keberkesanan pengurusan air masing-masing. Satu daripada penunjuk prestasi yang penting bagi menentukan kecekapan sesebuah utiliti air adalah dengan melihat keupayaan mereka untuk menurunkan aras Air Bukan Hasil yang dikenali dengan singkatan NRW (Non-Revenue Water). Peratusan NRW menunjukkan paras kebocoran air yang dialami dan boleh dikelaskan sebagai output yang tidak diingini dalam sistem bekalan air. Dalam pada itu, Analisis Pengumpulan Data (DEA) telah digunakan secara meluas sebagai instrumen bagi mengukur prestasi sektor air, tetapi hanya melibatkan proses satu peringkat atau dipanggil analisis kotak hitam. Oleh kerana pengeluaran bagi perkhidmatan bekalan air boleh distrukturkan sebagai proses rangkaian dua-peringkat, kajian ini mencuba untuk menggunakan Analisis Pengumpulan Data Rangkaian (NDEA) untuk mengukur prestasi sektor air. Satu daripada variasi model DEA adalah Sukatan berasaskan Pemboleh ubah Lalai (SBM), yang kemudiannya telah dikembangkan kepada struktur rangkaian (Sukatan berasaskan Pemboleh ubah Lalai Rangkaian, NSBM). Kajian ini telah dilakukan bagi mengaplikasikan model NSBM dengan mengambil kira output tidak diingini bagi mengukur kecekapan, kemudiannya, dicadangkan sebagai penunjuk prestasi baharu dan boleh digunakan untuk tujuan penandaarasan utiliti air terutamanya bagi industri air di Malaysia. Daripada kajian ini, bukan sahaja prestasi keseluruhan bagi setiap utiliti air, malah proses mana yang perlu diberi lebih perhatian bagi utiliti air yang tidak cekap juga boleh ditentukan. Kata kunci: analisis pengumpulan data rangkaian; pengukuran prestasi; output tidak diingini; utiliti air