Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 6, Issue 9, (page 254 - 270), 2021 DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1008 254 www.msocialsciences.com Analisis Contoh dan Latihan bagi Topik Penambahan dan Penolakan dalam Buku Teks Matematik SJKC Lim Chien Yee 1 , Roslinda Rosli 1 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Correspondence: Lim Chien Yee (yuki4090340@gmail.com) Abstrak ______________________________________________________________________________________________________ Buku teks matematik merupakan medium penting dalam pelaksanaan kurikulum dan merealisasikan matlamat Pendidikan Matematik. Akan tetapi, kajian analisis ciri-ciri contoh dan latihan bagi topik penambahan dan penolakan dalam buku teks matematik SJKC berdasarkan aspek matematik dan kontekstual masih kurang. Analisis ini bertujuan mengenal pasti kelebihan dan kelemahan terhadap contoh dan latihan bagi topik penambahan dan penolakan dalam buku teks matematik dan diharapkan dapat memberikan gambaran kepada penyelidik, penerbit dan penulis buku teks untuk proses penambahbaikan yang akan datang. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat sejumlah 74 (56%) contoh dan 57 (44%) latihan penambahan, manakala bilangan contoh dan latihan penolakan adalah sama, iaitu 59 (50%) masing-masing. Analisis contoh dan latihan penambahan menunjukkan bahawa contoh satu langkah pengiraan Tahun Satu hingga Tahun Lima adalah lebih banyak daripada latihan satu langkah pengiraan. Tahap Satu mempunyai latihan satu langkah pengiraan yang lebih banyak, manakala Tahun Empat dan Lima mempunyai latihan lebih satu langkah pengiraan yang lebih banyak. Selain itu, Tahun Satu, Empat dan Lima hanya mempunyai contoh bergambar, bercerita atau berjadual. Tahap Satu mempunyai lebih banyak latihan dalam bentuk ayat matematik. Analisis contoh dan latihan penolakan menunjukkan bahawa Tahun Satu mempunyai contoh dan latihan satu langkah pengiraan paling banyak. Tahun Satu mempunyai contoh lebih satu langkah pengiraan yang paling banyak, manakala Tahun Lima mempunyai latihan lebih satu langkah pengiraan yang paling banyak. Contoh yang bergambar, bercerita atau berjadual adalah lebih banyak berbanding dengan latihan bergambar, bercerita atau berjadual bagi Tahun Satu hingga Empat, hanya Tahun Lima mempunyai bilangan contoh dan latihan bergambar, bercerita atau berjadual yang sama. Kata kunci: Buku teks matematik SJKC, contoh dan latihan, penambahan dan penolakan, aspek matematik, aspek kontekstual ______________________________________________________________________________________________________ Analysis of Examples and Exercises for the Topics of Addition and Subtraction in SJKC Mathematics Textbook Abstract ______________________________________________________________________________________________________ Mathematics textbooks are deemed as an indispensable medium in the implementation of the national curriculum and the achievement of the desired goals. However, there is a lack of studies pertaining to the topic of addition and subtraction in the Malaysian Chinese National Schools in terms of mathematical and contextual features. This study aims to identify the strengths and weaknesses of the examples and exercises which are found under the topic of additions and subtractions. Through this study, researchers, publishers and textbook writers would have an overall idea about the issues which Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) Volume 6, Issue 9, September 2021 e-ISSN : 2504-8562 Journal home page: www.msocialsciences.com