302 TINGKAH LAKU EMOSI KANAK-KANAK DAN EKSPRESI EMOSI IBU BAPA. Norly Jamil Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris Tel: 054505529 Email: norly@fskpm.upsi.edu.my Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan tingkah laku emosi kanak- kanak dengan ekspresi emosi ibu bapa. Secara terperinci kajian ini melihat hubungan tingkah laku emosi kanak-kanak dengan ekpresi emosi positif ibu bapa dan ekpsresi emosi negatif ibu bapa. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat hubungan ekspresi emosi ibu bapa dengan pemahaman emosi oleh kanak-kanak itu sendiri ( Cassidy et al, 1992 dan Garner et. Al, 1997 ). Keluarga atau ibu bapa sebagai sosialisasi yang mempengaruhi tahun-tahun awal kanak-kanak seharusnya menjadi model ekspresi emosi kepada kanak-kanak dan memberi peluang kepada mereka untuk mengingati dan memahaminya (Casiddy, ParkeButkovsky & Braungart, 19992; Cummings and Davies, 1994; Denham et.al, 1990; Dunn, 1995 dan Dunn & Munn, 1987). Kajian ini juga melihat perbezaan tingkah laku emosi kanak-kanak berumur 5 tahun dengan 6 tahun. Kajian ini melibatkan seramai 101 sampel yang terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun dari 11 buah tadika KEMAS Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan dua soal selidik yang telah diubah suai daripada soal selidik Expressiveness Family Questionnaire (FEQ) oleh Halberstadt (1986) dan soal selidik Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak oleh Rohani Abdullah ( 2001 ). Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Kaedah diskriptif adalah untuk melihat kekerapan dan peratus bagi data-data demografi. Pengujian hipotesis data dianalisis menggunakan t test, ANOVA Satu Hala dan korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tingkah laku emosi kanak-kanak mengikut umur mereka. Didapati umur menjadi faktor yang dapat membezakan kemahiran kanak-kanak dalam menunjukkan tingkah laku emosi mereka. Kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara tingkah laku emosi kanak-kanak dengan ekspresi emosi ibu bapa masing-masing. Dalam hal ini boleh dikatakan bahawa bagaimana ibu bapa itu meluahkan dan mempamerkan emosi mereka memberi kesan hubungan terhadap tingkah laku emosi anak masing-masing. Kata kunci: emosi, kanak-kanak, ekspresi ibu bapa Proceedings of The 4 th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010